Menteri besar baru Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau positif pendahulunya Datuk Seri Ahmad Said dan seorang lagi ADUN akan kembali ke pangkuan Umno.
Menurut beliau, komunikasi antara Ahmad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak positif dan beliau serta adun lain memberi masa kepada Ahmad dan ADUN Ajil Ghazali Taib untuk berbuat demikian.
"Yang saya maklum, speaker beritahu belum menerima kenyataan bertulis dari mereka untuk kembali (jadi ADUN Umno). Kami penuh percaya dan yakin cuma kita bagi sedikit masa supaya (bilangan) ADUN BN kembali kepada 17 (kerusi).
"Kami dimaklumkan ada komunikasi antara PM dan Ahmad Said dan ia positif.
"Insya-Allah saya bekerja dengan Datuk Seri Ahmad (Said) selama 6 tahun dan Insya-Allah beliau akan kembali bersama kita," kata beliau selepas mengetuai delegasi 13 ADUN termasuk speaker Terengganu bertemu Najib dan menteri kabinet lain hari ini.
Ahmad dilaporkan bakal membuat sidang media malam ini.
MK
Puak tk ada maruah
BalasPadam