KUALA LUMPUR: Penduduk taman perumahan di Taman Pandan Indah Kuala Lumpur melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang telah memberi pemilikan semula kepada pemaju untuk membina perumahan baru bersebelahan dengan taman mereka. Apa tidaknya, pada 12 Julai 2011 projek tersebut telah dibatalkan oleh MPAJ kerana pemaju telah gagal untuk mematuhi syarat pihak MPAJ iaitu perlu menyediakan jalan alternatif yang lain bagi cadangan pembangunan tersebut.Ini susulan daripada bantahan penduduk pada mesyuarat "Traffic Impact Assessment" di MPAJ yang mengambilkira penilaian kesan lalulintas di kawasan itu.Penduduk membantah kerana pemaju ingin menggunakan jalan-jalan di taman mereka sebagai jalan keluar masuk.Ini kerana jalan-jalan di taman itu bersaiz kurang dari 40 kaki lebar dan tidak sesuai dihubungkan dengan perumahan baharu.
Namun setelah dua tahun berlalu pihak MPAJ telah menghantar surat secara terpilih kepada beberapa orang pemilik lot rumah di situ untuk hadir di dalam sessi taklimat yang diadakan pada 23 Oktober 2013 di MPAJ.Pihak MPAJ dikatakan ingin memberi pemilikan semula dan pemaju boleh meneruskan kembali projek tersebut yang telah dibatalkan sebelum ini.Majoriti penduduk tidak mengetahui akan taklimat tersebut kerana tidak mendapat surat daripada MPAJ,tidak sepertimana taklimat pada tahun 2011 ramai yang hadir kerana mendapat surat pemberitahuan.
Susulan daripada itu penduduk melalui wakil mereka telah menulis beberapa pucuk surat kepada pihak MPAJ meminta supaya semua penduduk dipanggil berjumpa pihak MPAJ dan tidak hanya beberapa pemilik lot sahaja.Ini kerana masalah penggunaan jalan-jalan di taman itu ketika pembinaan dan selepas pembinaan perumahan baharu di tapak bersebelahan taman akan ditanggung oleh semua penduduk.Namun pihak MPAJ tidak memberikan sebarang jawapan terhadap surat tersebut.
Wakil penduduk juga menghantar salinan surat kepada Adun Cempaka serta Ahli Parlimen Pandan berkenaan masalah ini namun tiada perhatian diberikan terhadap masalah mereka.Pada Jun 2014, pemaju mula kelihatan membuat kerja-kerja pembersihan di tapak. Curiga dengan keadaan tersebut, wakil penduduk menghantar emel kepada pihak MPAJ bertanyakan tentang status projek tersebut namun tiada apa-apa jawapan dari pihak MPAJ.Setelah beberapa orang penduduk pergi berjumpa pegawai Perancang Bandar MPAJ bertanyakan tentang status projek tersebut,beberapa hari kemudian pihak MPAJ telah menghantar surat kepada wakil penduduk mengatakan projek tersebut telah diluluskan semula pada 11 Februari 2014. Projek tersebut diluluskan juga oleh MPAJ walaupun pemaju masih gagal menyediakan laluan alternatif untuk kawasan perumahan baru mereka.
Mata mereka telah ditutup.... telinga mereka telah disumbat... mulut mereka telah disuap.... tangan mereka telah diikat... kaki mereka telah dijerat... oleh pemaju yang keparat.... kami penduduk menerima padah.. keselamatan tak dihirau... asal poket mereka berkilau.... undang-undang pun boleh apa nak hirau... 'Ana yang buat undang-undang... semalam tak boleh buat.., ari ini ana buleh buat...'
BalasPadamMacam di sbelah tanah perkuburan Islam taman kosas juga. Puas penduduk sekitaran membantah antara lain sebab melibatkan resab sungai (seperti pembangunan ampang 'waterfront') dan perkampungan lembah jaya terancam dgn banjir apabila hujan lebat melewati 5 atau 6 jam, namun bantahan tidak di endah mpaj, dan projek membina dua blok menara 32 tingkat betul 2 di sbelah
BalasPadamkubur itu nampaknya diteruskan juga. Bagaimana jabatan parit Dan saliran bersekongkong melulus Dan tidak membantah juga
mnjadi tandatanya.