Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 17, 2015

DAKWAAN MYVI DAN ALZA BAHAYA DIJAWAB

Dakwaan bahawa Perodua Myvi dan Alza tidak selamat menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.


SHAH ALAM - Pengeluar kereta nasional, Perodua menafikan dakwaan seorang blogger bahawa kereta model Myvi dan Alza keluaran syarikat itu tidak selamat kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, tuduhan blogger menggunakan nama Wolf Vaupel bahawa penggunaan panel meter yang menyala sendiri di dalam Myvi dan Alza boleh membawa maut adalah tidak berasas.

"Menurut logik yang digunakan Vaupel, panel meter itu mengelirukan pengguna yang menyangka lampu hadapan mereka sudah menyala. Kami ingin menjelaskan bahawa berdasarkan pertanyaan yang dibuat kepada pihak berkuasa dan syarikat insurans, tiada sebarang kaitan antara panel meter boleh nyala sendiri itu dengan pelanggaran di jalan raya pada waktu malam," katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam artikel di blognya bertarikh 10 Mac 2015, Vaupel yang dikatakan jurutera dari Jerman juga mendakwa ciri-ciri panel meter boleh menyala sendiri itu bercanggah dengan peraturan antarabangsa.

"Tetapi (Vaupel) gagal memberikan sebarang bukti terhadap kenyataannya itu. Tambahan pula, panel jenis itu turut digunakan dalam jenama kereta antarabangsa lain. Kami hairan mengapa serangan Vaupel hanya ditujukan kepada Perodua.

"Kami juga ingin sahkan kami telah membalas pertanyaan awal Vaupel mengenai perkara tersebut," kata Aminar Rashid.

Vaupel dalam tulisannya yang menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa melihat antara satu hingga lima kereta Perodua yang dipandu pada waktu malam tanpa menyalakan lampu hadapan, meningkatkan risiko kemalangan.

Dia turut mendakwa pengurusan Perodua, beberapa institusi lain bagi keselamatan jalan raya dan syarikat insurans 'tidak berani' membalas pertanyaannya berhubung perkara itu.

Sinarharian


16 ulasan:

  1. Berikut adalah copy & paste komen saya sendiri dlm blog lain mengenai isu ini.

    Komen #1:
    As an Alza user, I do realize what your point is all about. I don't think that's dangerous, because it depend on the drivers' discipline. How could they so very careless about their own safety? Either the road are equipped with street lighting or not, the drivers must turn on the main light once they started the engine before drive at night or approaching to enter long tunnels day times or the surrounding became dark due to heavy rain/cloudy/mist/eclipse. There are some drivers do not turn the main light for night driving, even using other cars models or brands just because of their bad discipline. However, thank you for your concerned about this matter.

    Komen #2:
    Jika dia itu pemandu yg baru dapat lesen, sudah pastilah dia lebih cermat dan teliti, melainkan dapat lesen terbang/kopi-O atau curi-curi bawa kereta bapanya tanpa mendapat keizinan! Okay....Pemandu itu baru dapat lesen, masuk kereta pada waktu malam, terus jumpa lubang kunci dalam gelap, hidupkan enjin kemudian masukkan gear, lepaskan hand brake, tekan pedal minyak vrooom vrooom vrooom 2km atau lebih. Terlupa nak on suis lampu, asyik pandang panel meter sahaja??? Hello....come on brother, I can't imagine that would happen even in my dream.

    Komen #3:
    I think the RTD (I meant JPJ) must conduct a package of two sessions of driving test one at the day time and another one at the night time, before issuing the driving license only to the competent drivers who had passed both tests, before they are allowed to drive on the road either during day time or the night time. The driving institutions also must enlist the additional curriculum to ensure the drivers to be, are well fully prepared to drive at any time for any model of cars. May be this suggestion is the practical method to solve all the problems arose, but it sound funny.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

      Padam
    2. Tanpa Nama27/3/15 2:09 PG

      KATIMAN. Ape ke hal?

      Padam
  2. Ia dipanggil sebagai idiot proof atau stupid proof. Fungsi yang tiada itu sudah semestinya secara tidak langsung menyedarkan pengguna yang dia belum memasang lampu depan. Manusia mmg sifarnya pelupa. Berdisiplin macamana sekali pon kadang2 boleh terlupa juga. Contohnya skuter yang tak boleh dihidupkan enjin ketika stand masih belum diangkat. Itu ciri2 keselamatan yang baik. Kadang2 kita perhatikan motor cup yang tiada fungsi sebegini stand tidak diangkat, bukankah bahaya tu?

    BalasPadam
  3. Bila hendak makan, adakah pernah terlupa untuk basuh tangan? Sedang enak mengunyah dah setengah pinggan makanan, baru teringat tidak basuh tangan tadinya. Begitu juga bila hendak buang air kecil atau besar, ehhh terlupa nak buka seluar kecil atau terlupa tutup pintu tandas pulak. Itu menunjukkan seseorang yg sedemikian semacam nyanyuk. Tapi bila berhutang kemudian terlupa nak bayar, itu ada juga logiknya.
    Adalah lebih baik jika diprogramkan kereta itu tidak boleh dihidupkan enjinnya jika roadtaxnya mati, maklumlah asyik-asyik terlupa saja....itulah yg Mahathir kata melayu mudah lupa.

    BalasPadam
  4. Jgn lah mudah sgt menolak atau menerima pendapat org lain... fikirkanlah dari perbagai sudut... disetiap pendapat itu tersirat kebenaran dan ketidakbenaran... bagi saya komen balas dari pihak perodua tu pun betul jugak namun pengalaman sendiri melihat sebuah myvi yg dipandu oleh seorang wanita pada waktu malam tidak memasang lampu hadapan ketika berada di lebuhraya guthrie mengiyakan pendapat mat saleh tu... wanita itu mungkin baru keluar dari parking bangunan yg cerah sekitar shah alam... nyawa itu lebih berharga dari sebuah kereta...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana anda boleh tahu pemandu itu adalah wanita dan kereta itu adalah myvi?

      Padam
    2. Dibahagian belakang kereta ada emblem myvi dan pemandu memakai tudung...

      Padam
    3. Dibahagian belakang kereta ada emblem myvi dan pemandu memakai tudung...

      Padam
    4. Itu menunjukkan anda dapat melihat pemandu dan jenis kereta itu dgn jelas, apa pula bahayanya?

      Padam
  5. kecohh, beli je kereta lain... kereta malaysia ini standard kereta lembu je...

    BalasPadam
  6. aku pakai alza, panel meter aku x menyala automatik pon. on lampu depan baru nyala.

    BalasPadam
  7. Pemandu yg membelok atau tukar lorong tanpa beri signal tu, tak membahayakan pula ya. Ini tentu ada sesuatu plan nak membusukkan jenama kereta buatan Malaysia khususnya Perodua. Semua masalah yg ditimbulkan adalah mengenai sikap pemandu yg tiada kesedaran sivik, bukan masalah kereta. Sudah tentu para jurutera telah membuat brain storming pd setiap model kereta yg hendak dikeluarkan, bukannya oleh mereka yg hanya berkelulusan UPSR. Apa kurangnya Proton Persona, dimana kedudukan suis lampu dan wiper dipasang secara terbalik mengikut kereta buatan eropah, tak mahu komplenkah?

    BalasPadam
  8. KESAH?
    AKU PKAI KERETA BRAND CEROI JE..PEMINAT PERODUA KEMAIN HENTAM AKU..TP ENSET BUATAN KOREA YG LAGGING TU PEMINAT PERODUA TU XCOMPLAIN PLAK?PKAI LA CSL..

    PIKIR LUAR KOTAK..
    HAHHA TAK DAK KAITAN...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama20/3/15 7:54 PG

    Biasa tgk kereta tak on lampu kat dalam bandar.. jalan dalam bandar kebanyakkan dah terang benderang.. apapun, utk tingkatkan safety, baik buat indicator khas bagi status on/off lampu, dalam penal (selain indicator lampu tinggi)

    BalasPadam
  10. Nak senang lagi, buat shj macam motosikal dimana lampu automatik menyala tak kira siang ataupun malam bila enjin dihidupkan. Perkara ini teramatlah penting untuk keselamatan nyawa rakyat dan WAJIB dibawa ke parlimen.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive