Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 19, 2009

Bukan Gol Sendiri


Penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong (dua dari kanan) tidak mampu menyelamatkan bola yang tertampan masuk oleh rakan sepasukannya, Mai Xuan Hop yang cuba menahan sepakan daripada Safiq Rahim.

Ramai yang mengatakan jaringan emas yang membawa kemenangan Malaysia itu gol sendiri Vietnam dan ramai juga yang mengatakan jaringan itu dilakukan oleh Safiq Rahim. Pengulas siaran langsung di TV2 pada hari perlawanan Hasbullan Awang juga pada mulanya menyebut Norshahrul Idlan Talaha yang menguis masuk bola itu ke jaring.

Jaringan itu terhasil kerana pemain Vietnam tertampan bola sepakan Safiq Rahim lalu menuju ke dalam gol.Masakan pemain Vietnam mahu menjaringkan gol sendiri bagi memberi kemenangan kepada Malaysia? Seperti juga dalam kes penjaga gol menampan bola lalu tertampan ke dalam gol, adakah itu juga dikatakan gol sendiri?

Semuanya itu berlaku dalam usaha mereka menyelamatkan pintu gol dari dibolosi,lalu adakah logik untuk kita mengatakan itu gol sendiri.Lainlah jika pemain Vietnam menyepak bola dengan kaki dan bola itu masuk ke dalam gol mereka sendiri walaupun tiada niat di hati mereka untuk menjaringkan gol tersebut.

Jika kita teliti rakaman detik-detik jaringan tersebut,sewajarnya nama Safiq Rahim dinobatkan sebagai penjaring pada malam itu.biaqpila.blogspot.com


Safiq Rahim ketika menentang Laos.

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive