Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 28, 2009

Cubaan letup pesawat gagal

ROMULUS (Michigan): Seorang lelaki warga Nigeria mendakwa dirinya ejen al-Qaeda sebelum cuba meletupkan sebuah pesawat Northwest Airlines yang bersiap untuk mendarat di Detroit, Amerika Syarikat.

Usahanya bagaimanapun gagal apabila penumpang lain yang terhidu asap dan mendengar bunyi letupan seperti mercun menyerbu dan menahannya.

Penerbangan 253 dengan 278 penumpang dan 11 anak kapal berada di udara kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Detroit apabila penumpang mendengar bunyi letupan.

Sejurus selepas itu, seorang penumpang melompat dan menangkap lelaki terbabit sebelum dibantu oleh penumpang lain.

Lelaki itu kemudian dibawa ke depan pesawat dengan seluarnya ditanggalkan dan kakinya melecur, kata saksi.

Seorang pegawai perisik Amerika Syarikat berkata, bahan letupan itu adalah campuran serbuk dengan cecair. Ia gagal diletupkan oleh lelaki berkenaan.

“Bunyinya seperti letupan mercun. Tidak kuat,” kata Peter Smith, antara penumpang dalam pesawat itu.

Rumah Putih berkata, ia percaya kejadian itu satu cubaan keganasan Sehubungan itu, langkah keselamatan ditingkatkan serta-merta terhadap semua penerbangan.

Ia bagaimanapun tidak menyebut secara khusus langkah yang diambil.

Dalam pada itu, seorang pegawai mengenal pasti suspek dalam kejadian semalam sebagai Umar Farouk Abdul Mutallab.

Dia mendakwa menerima arahan daripada al-Qaeda untuk meletupkan pesawat di bumi Amerika Syarikat. — Reuters



Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive