Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 20, 2009

Kenapa beruk membaca utusan


Pagi tadi sewaktu berjogging di sebuah taman tasik yang terpaksa dirahsiakan identitinya, aku terpandang seekor beruk sedang tekun menelaah suratkhabar.Beruk itu tidak sedar yang gambarnya sedang dirakam kerana terlalu kusyuk membaca....

DAP ada agenda tersembunyi

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
pengarang@utusan.com.my

PONTIAN 19 Dis. - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyamakan Utusan Malaysia sebagai penjahat mempunyai agenda tersembunyi untuk meraih kepentingan politik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai seorang Ketua Menteri, Guan Eng tidak sewajarnya menimbulkan isu-isu berkaitan masyarakat berbilang kaum di negara ini hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, tindakan beliau jelas menunjukkan pemimpin DAP tidak pernah belajar daripada perbuatan dan tindakan mereka sebelum ini memandangkan tiada tindakan diambil ke atas mereka selama ini.

Menurut beliau, sebagai akhbar yang majoriti pembacanya orang Melayu, tidak salah Utusan Malaysia menyampaikan mesej dan ingatan kepada mereka mengenai pelbagai situasi yang berlaku pada hari ini.

Tambahnya, sekiranya Utusan Malaysia menyemarakkan isu perkauman, tentu tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa kerana menimbulkan suasana kurang selesa rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

"Pembangkang sebenarnya cuba mengalih pandangan orang ramai daripada satu isu ke satu isu dengan harapan rakyat akan terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menyokong pembangkang.

"Sebelum ini mereka menyerang sistem kehakiman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Biro Tata Negara (BTN) dan membangkitkan isu perbelanjaan membina masjid," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jualan Mega (KMJ) 2009 anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) Johor di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A. Karim; Pengarah Mara Johor, Ahmad Sokirin dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Mohd. Jahis Othman.

Karnival yang bermula hari ini hingga 24 Disember ini disertai 60 orang pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di bawah bimbingan MARA dari seluruh negeri Johor.

Kelmarin, Guan Eng menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia sering menyiarkan artikel fitnah serta menyemarakkan sifat perkauman di negara ini.

Tambah Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, gambaran yang diberikan kepada Utusan Malaysia tidak adil kerana terdapat juga akhbar-akhbar Cina yang memainkan isu perkauman.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin DAP termasuk Guan Eng supaya tidak cuba memainkan isu-isu yang menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini kerana buruk akibatnya nanti.

"Sebelum ini, perasaan orang Melayu dan Islam terhiris dengan tindakan pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempermainkan ayat al-Quran dengan membacanya demi menarik sokongan para pengundi," tegasnya.

Kata Ahmad, pemimpin-pemimpin DAP juga telah 'memijak' kepala pemimpin-pemimpin Melayu Perak yang boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Tegasnya, Guan Eng perlu memberikan contoh yang baik sebagai seorang ketua kerajaan kerana rakyat Pulau Pinang bukan sahaja terdiri daripada kaum Cina tetapi juga kaum Melayu dan India.

Beliau berharap pemimpin-pemimpin UMNO dan komponen BN tidak terikut-ikut dengan rentak parti pembangkang sebaliknya terus bekerja kuat untuk menjadi juara rakyat.

utusanmeloya


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

5 ulasan:

  1. khaaaa ahhh ingat lepas baca kera itu lap bontot kut..utusan is made for it..

    BalasPadam
  2. Salam Bro,

    Hanya Beruk aje yag minat baca Utusan meloya skrng. hehe hehe

    BalasPadam
  3. Beruk tu nak tengok
    keputusan ekor kok
    sama tak dengan ekornya
    (rumus_ibarat)

    BalasPadam
  4. nasib baik ada beruk kalau tidak sapalah nak baca.....mmmm nasib badanlah labuu

    BalasPadam
  5. Patutlah ada gossip..ada akhbar perdana yang jualan menurun..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive