Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 26, 2009

Tidak munasabah tiada pegawai atasan terlibat



SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa tiada pegawai atasan tentera terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak masuk akal.

Penulis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, kenyataan itu tidak munasabah kerana pegawai pangkat rendah tidak akan mampu melarikan enjin seperti itu tanpa bantuan pihak atasan.

Menurutnya, Ahmad Zahid mungkin cuba menjaga maruah dan kewibawaan pihak tentera, tetapi caranya tidak kena pada tempatnya.

“Walaupun kes ini cuba dirahsiakan kepada umum, akhirnya akan terbongkar. Persoalannya apakah benar hanya pegawai lain-lain pangkat yang terlibat dengan kes itu atau ada dalang di sebaliknya?

“Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, pihaknya perlu menyiasat pegawai tertinggi, termasuk jeneral, berhubung kes itu dan ini membuktikan bukan saja pegawai LLP terlibat, tetapi juga pegawai atasan,” katanya.

Beliau berkata, sikap Ahmad Zahid yang cuba meletakkan kesalahan kepada pegawai rendah, seolah-olah cuba menyembunyikan kesalahan pegawai atasan.

Mohd Sayuti berharap tidak ada tindakan untuk ‘melindungi jerung dan membiarkan bilis menjadi mangsa’.

“Kenyataan Ahmad Zahid tidak munasabah kerana jika tiada pegawai tertinggi yang terlibat kes itu tidak akan berlaku kerana pegawai bawahan hanya mengikut arahan pegawai atasan,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan kenyataan Ahmad Zahid bahawa pegawai atasan tentera tidak terlibat secara langsung atau tidak dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E itu.

sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Pegawai Tinggi Tenteralah sebenarnya dalang utamanya nya,pegawai pangkat rendah tiada kuasa menandatangani apa2 dokumen berhubung penghantaran enjen untuk pembaikan, jgn jadikan pegawai bawahan sebagai kambing hitam bagi melindungi kedurjanaan pegawai atasan

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive