Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 23, 2009

MB Jawab Isu Bukit Botak



Ahli Parlimen Selayang, William Leong telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor dan exco untuk mengkaji semula keputusan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih tanah Bukit Botak.

Ujarnya kerajaan negeri telah berjanji untuk membenarkan penduduk melantik pemaju untuk menyambung semula projek perumahan Bukit Botak yang terbengkalai sekian lama.
“ Saya juga maklumkan ini kepada Menteri Besar, tapi malangnya Menteri Besar dan kerajaan telah memutuskan untuk mengambil balik. Saya merayu kepada Menteri Besar dan exco mengkaji semula dan mempertimbangkan perasaan penduduk dan cari jalan lain yang ada untuk menyelesaikan perkara ini” ujar William Leong ketika dihubungi oleh Tv Selangor.

Menurut William, kerajaan negeri harus lebih rasional memandangkan tanah Bukit Botak telah menjadi hak penduduk yang telah membayar premium sejak 2005.
Mengulas teguran ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah pengambil-alihan tanah Bukit Botak adalah perlu supaya projek Bukit Botak dapat diselesaikan dengan pantas dan tersusun.

“ Masalah Bukit Botak ialah saya ingat masyarakat belum faham usaha yang ingin dilakukan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri mendapati banyak masalah untuk melaksanakan projek Bukit Botak. Masalah ini ialah pemaju yang diminta untuk menyelesaikan ialah tidak dapat membantu menyelesaikan masalah mereka” katanya.
Khalid sebelum ini meminta William mendapatkan persetujuan daripada penduduk sama ada mahu melantik pemaju sendiri untuk meneruskan projek berkenaan.
Namun setelah meneliti, Khalid mendapati beberapa perkara perlu diambil kira dan jalan terbaik hanyalah dengan membenarkan kerajaan negeri mengambil alih tanah berkenaan.

“ Yang ketiga ialah terdapat perjanjian yang dinamakan construction agreement untuk membina, antara pemaju yang telah lari dengan pemilik-pemilik tanah. Mereka telah membuat perjanjian dan perjanjian itu hanya boleh dilupuskan apabila kerajaan negeri mengambil alih tanah tersebut” tambahnya lagi.

Malah ujar Khalid lagi, sekiranya penduduk bertegas, maka pemaju lantikan mereka perlu membayar RM48 juta kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang telah mengeluarkan dana bagi meneruskan projek perumahan Bukit Botak.

“ Oleh itu kerajaan negeri berjanji, walaupun kerajaan negeri dikatakan mengambil alih tanah pemilik-pemilik tanah, kerajaan negeri tidak akan menjadikan pemilik-pemilik tanah itu mempunyai hak ke atas tanah tersebut. Kedua kerajaan negeri berjanji, kos-kos jika kerajaan negeri diminta untuk menyelesaikan masalah ini, seperti kos insfrastruktur yang telah dibuat ataupun yang telah digunakan untuk membina jalan oleh PKNS yang berjumlah RM 48 juta tersebut, juga kalau kerajaan negeri menguruskan perkara itu, tidak akan diambil kira” katanya.
Malah kerajaan negeri ujar Khalid, tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripada projek ini.

“ Jadi kerajaan negeri saya anggap mereka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya seperti pemaju-pemaju yang seperti dulunya berjanji tetapi sudah lari”.

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive