Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 20, 2009

‘Polis’ penyamun

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai berani menyamar sebagai anggota polis dan berpura-pura melakukan pemeriksaan sebelum dengan selamba menyamun mangsa di sebuah gerai di Jalan Klang Lama, di sini.

Lelaki berusia 30-an itu bijak berlakon sebagai anggota polis apabila menggertak mangsa menyerahkan wang serta barang berharga, termasuk dompet dan telefon bimbit kononnya bagi melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, helahnya berjaya dikesan mangsa berusia 40-an itu sebelum suspek melarikan diri, namun dikejar dan ditahan mangsa lalu dibawa ke balai polis.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin, lelaki berpakaian biasa itu menyamun seorang lelaki yang juga bekerja sebagai pembantu gerai di situ.







“Suspek dengan selamba terus menghampiri mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Suspek kemudian berpura-pura ingin memeriksa kad pengenalan mangsa.


“Sebaik selesai memeriksa mangsa, suspek mengugut mangsa menyerahkan wang dan telefon bimbit,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang belum berpuas hati dengan jumlah diperoleh kemudian dikatakan menghubungi pemilik gerai berkenaan untuk melakukan perbuatan sama.

“Mangsa kemudian dikatakan datang ke gerainya sebelum meminta lelaki terbabit menunjukkan kad kuasanya, namun suspek gagal bertindak demikian,” katanya.

Insiden itu menyebabkan mangsa curiga dan menyoal sama ada benar atau tidak lelaki berkenaan adalah polis.

Sumber itu berkata, lelaki yang takut helahnya itu bocor, kemudian dikatakan melarikan diri ke arah keretanya diletakkan berhampiran.

“Mangsa dikatakan mengejar lelaki terbabit sebelum dia akhirnya ditahan. Ketika itu, pergelutan antara pemilik gerai dan ‘polis’ palsu itu berlaku.

“Pada masa sama, telefon bimbit pembantunya terjatuh dari poket seluar suspek menyebabkan mangsa bertambah yakin kegiatan lelaki terbabit,” katanya.

hmetro


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive