Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 29, 2009

"Saya Akan Cari Mereka Hingga Ke Lubang Cacing" : Bapa Mentua Dr Rosli

KOTA BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

"Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga," kata Mohd Noor Che Man kepada Bernama di sini Selasa.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Bagaimanapun, pada 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Pada 21 Nov lepas, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal bersingan dengan Nor Ilyani yang merupakan isteri keduannya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Mohd Noor berkata beliau menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tindakan lanjut terhadap anak dan menantunya itu.

Katanya beliau hanya mengambil tindakan apa yang termampu mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab yang ada pada seorang bapa.

"Tindakan lain yang di luar bidang kuasa, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. oi orang tua... ko nak cari cacing buat apa,nak buat umpan mancing ker?? memang ko ada hak kat anak ko tu tapi umur dia dah berapa? dia nak kawin biarkan la.... kenapa ada rasa sakit hati kat anak tu? atau kau nak pakai sendiri? cari masaalah betulla ko ni. penyudahnya nanti pas jugak yang busuk, hassan ali jugak yang salah, nik aziz jugak yang kena suruh turun, amno jugak yang untung!!! apa agenda ko sebenarnya?? patut benda ni boleh selesai dengan baik, dah jadi isu besar pulak.patutnya ku berdoa la supaya segalanya selesai dengan baik atau paling brutal buat demo suruh anak ko menikah semula...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive