Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 09, 2008

Gerakan P Pinang putus hubungan dengan Umno negeri



Harakahdaily
Tue | Sep 09, 08 | 7:37:49 am MYT
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) - Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Iklan



Malaysiakini melaporkan, dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".

Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali. - mks._

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/9/08 11:47 PG

    Bahaya ni woit!..
    Ketegangan kaum makin memuncak nampak gayanya.
    Ko dah asah parang ke BIAQPILA?
    Silap2 bermandi darah 16 SEPT.. sedia ke ko?

    BalasPadam
  2. biaqpila hensem10/9/08 3:16 PG

    Tak dak apa yang perlu kita risaukan. 16 Sept. tetap membawa sinar mentari kedamaian kerana rakyat telah pandai menilai segala drama UMNO BN yg selama ini sering gagal dalam lakonan mereka.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama10/9/08 5:00 PG

    Ahak! Ahak!..kelako!..
    Cerdik gak ko ni yer? Baguih ler ko pikiaq cam gitu. Aku bangga ada kawan yang ada akai mcm hang.
    Bukan bodo percaya je bulat2 apa UMNO 'opera' kan kat depan mata!

    GOOD FOR U MY FRIEND!!

    BalasPadam
  4. biaqpila hensem10/9/08 9:20 PTG

    tu la.. kita kena pikiaq bagi sedap hati kita...lagipun umno ni memang terkenal dengan lakonan makan diri....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive