Khamis, September 18, 2008
Pakatan hantar surat pohon sidang tergempar Dewan Rakyat
KLPOS
18 Sep 2008 2:42PM
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, selewat-lewatnya pada hari Selasa 23 September ini kerana mendakwa dewan telah hilang kepercayaan kepada perdana menteri dan kerajaan pimpinannya.
Anwar berkata, surat itu dibuat mengikut Peraturan 11 (3) Parlimen dan menuntut tindakan segera diambil kerana permasalahan politik yang berpanjangan.
Katanya, surat tersebut ditandatangani oleh beliau sendiri, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Wartawan sekali lagi menggesa Anwar mendedahkan senarai Ahli Parlimen (MP) yang akan berpaling tadah dari Barisan Nasional tetapi beliau tetap enggan mendedahkan atas alasan pihak MP itu sendiri mahu identiti mereka dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.
Senarai tersebut akan didedahkan pada masa yang tepat.
Anwar turut memberitahu wartawan beliau akan mendedahkan senarai tersebut kepada Perdana Menteri sendiri dan menuntut peralihan kuasa secara aman.
Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.
Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya." / KLpos, Malaysiakini, Mstar
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2008
(159)
-
▼
September
(44)
- SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA
- TANDA-TANDA AWAL UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG
- SOKONGAN TURUN MINYAK TURUN
- PINDAH KES: TUNGGU KEPUTUSAN 7 OKTOBER
- Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakya...
- HANGAT DI KANGAR PERLIS
- DSAI BERTEMU TGNA,DSAHA DI KOTA BHARU
- DAP akui 23 Sept sangat mustahil
- Agen Amerika: AMK bidas kenyataan biadap Rais Yatim
- LEBUHRAYA PERSEKUTUAN FANATIK DENGAN SIGNBOARD
- SEBAB APA ANWAR MINTA SIDANG TERGEMPAR?
- Pak Lah 'reject', Anwar tinggal satu pilihan mengh...
- Karpal saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan
- Empat Anggota Umno Dipecat Kerana Sokong Pembangkang
- Rona-Rona Dunia
- Pakatan hantar surat pohon sidang tergempar Dewan ...
- KATAK IS WONDERFULL ,CAREFULL & THINKFULL
- ISA kejam, Islam bukan agama yang bacul - Mufti Pe...
- Tidak perlu cuti kerana saya bukan penat, saya kec...
- BUKAN OMONG KOSONG, HE GOT SOMETHING LAH PAK LAH...
- Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan
- Pakatan Rakyat Sedia Mengambil Alih
- LIVE : SIDANG MEDIA DSAI
- 16 SEPTEMBER MENJADI BEB!!!
- SKETSA 15 SEPTEMBER
- Nurul Izzah diserang
- Tidak perlu guna ISA terhadap orang awam - Zaid
- JANGAN
- PERHIMPUNAN PERDANA SAMBUTAN HARI MALAYSIA
- Misi buru 5 pemimpin PKR di Taiwan bermula, BN-BBC...
- MAKIN DEKAT MAKIN KERAMAT
- Pakatan Rakyat yakin bentuk Kerajaan Pusat dalam m...
- Pelan sasaran dilewatkan, empat pemimpin PKR mula ...
- APA KES NAK BAWA KES KE TEMPAT LAIN?
- Kenapa tidak bubar DUN N.Sembilan sekarang ?
- Kalau tak jadi 16 haribulan
- Gerakan P Pinang putus hubungan dengan Umno negeri
- LAWATAN SAMBIL SEMBUNYI
- DSAI TETAP YAKIN BOLEH
- TAK PAYAH KOREK
- DEBARAN 16 SEPTEMBER MENGHAMPIRI PUTRAJAYA
- Sasaran 16 September: Anwar hadiri 2 pertemuan sem...
- PASAR RAMADHAN
- Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini
-
▼
September
(44)