Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 06, 2008

TAK PAYAH KOREK



Sebelum ini pada 30 Julai 2008, Laporan di Malaysiakini menyiarkan berita bahawa Hospital Pusrawi menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat".



Namun pada 4 September dalam wawancara eksklusif dengan
Malaysiakini,
Dr Mohamed Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.


Korek..korek..korekkk..tak payah korek pun sekarang pekung dah terdedah sebundar mata ikan mata besar. Mana nak letak muka beb? Sidang media satu dunia dah tengok. Dah tak dak kredibiliti lagi la.Orang tua-tua kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, orang yang belum tua pula berkata sepandai pandai sesumpah bersumpah akhirnya dimakan sumpahnya sendiri.Dan orang yang lapar pula berkata ke mana tumpahnya kuah,kalau tidak ke nasi.

Dimensi membutakan mata kita semua.Antara yang benar dan salah sudah agak sukar untuk kita perhitungkan.Apatah lagi rata-rata rakyat marhaen di pedalaman yang kurang berpengetahuan. Apa yang dilihat itulah yang betul, tetapi tidak dapat memperbetulkan apa yang dilihat. Terpaksa telan bulat-bulat macam telan buah melaka waktu berbuka puasa pada hari selasa. Meleleh air liur tengok buah melaka ni beb!!!



Tepung pulut bersama kelapa,
Hitam manis si gula melaka,
Makan sebiji pasti nak dua,
Itulah dia buah melaka.....

Semakin banyak pembohongan semakin sukar nak cari yang benar dan salah pada masa ini.Tapi kita tak payah korek pun, akhirnya pembohongan akan terdedah juga auratnya pada ketika angin perubahan ataupun ribut tropicahana melanda.

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/9/08 2:59 PG

    Salam.
    WAH!! Tima kasih sbb lawat blog aku.
    Dan TQ very much sbb linkkan blog aku kat sini jugak.

    'Onde-onde' tu nampak sedap jer.

    Mintak tolong satu hak bleh?
    Senangkan sikit "pelawat" nak komen kat sini. Banyak sangat karenah ni..
    PENGESAHAN PERKATAAN tu buang je la ok?

    Wassalam. bye sahabat!!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/9/08 4:41 PG

    Ok aku dah buang pengesahan perkataan tu,pandangan rakyat mesti kena ikut... ooo patutla selama ni kurang sangat org bagi komen. banyak cekadak karenah kot...akupun tak perasan hehehe..tq juga raktamrittika kerana masuk blog ni dlm blogroll hang...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive