Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 03, 2008

Sasaran 16 September: Anwar hadiri 2 pertemuan semalam

OLEH:MSTAR ONLINE

03-09-2008 08:17:02 AM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Ketika tinggal kurang dua minggu untuk mencapai sasaran 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan minggu ini dengan 'memburu' wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pagi semalam, yang dipercaya akan membantu beliau membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

mStar Online difahamkan sebelah pagi semalam beliau telah menemui sekumpulan Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara.

Menurut sumber, antara perkara yang dibincangkan ialah format dan formula untuk pembelaan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Sumber memberitahu mStar Online, pertemuan susulan diadakan selepas Anwar menemui wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berhubung Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu.

Pertemuan kedua ini dikatakan memfokus kepada cara terbaik untuk membentuk kerajaan baru tanpa menyatakan sebarang komitmen penuh untuk menyokong pembentukan kerajaan baru.

Bagaimanapun pada sidang media pagi semalam, Anwar yang kembali melangkah ke Parlimen Khamis lalu menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan menemui Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan mengenai lompat parti hari ini.

"Tidak... itu tidak benar, hanya khabar angin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kuala Lumpur.

Tiga hari lalu di Permatang Pauh beliau menyatakan akan sibuk dengan jadual menemui wakil-wakil rakyat bagi tujuan tersebut.

Anwar ditanya media bagi mendapatkan kepastian mengenai khabar angin yang mula tersebar sejak semalam bahawa beliau akan menemui beberapa Ahli Parlimen BN di Istana Negara hari ini berhubung kesediaan mereka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau yang turut mengetahui mengenai khabar angin itu menasihatkan agar tidak mempercayainya sebaliknya memberitahu bahawa beliau hanya akan bermesyuarat dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas mengadakan sidang media ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengakui ada menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung beberapa hari yang lalu.

"Ya, saya ada menemui mereka beberapa hari lalu dan perkembangannya adalah sangat baik," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan sasarannya untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini tidak akan berhasil memandangkan tarikh itu adalah pada bulan Ramadan dan Parlimen juga sedang bercuti, beliau berkata Pakatan Rakyat masih berada dalam landasannya.

"Sasarannya tetap sama. Kita juga hormati bulan Ramadan ini tapi jangan risau kerana Parlimen kita hanya berehat sekejap sahaja," katanya.

Anwar turut mengulas mengenai keyakinanya untuk mengambil alih kerajaan seperti yang disasarkan kerana tempoh itu hanya tinggal 14 hari, beliau berkata tempoh itu masih panjang.

"Empat belas hari satu tempoh masa yang lama. Kata orang dalam dunia politik ini, tempoh seminggu pun adalah sangat panjang dan macam-macam perkara boleh berlaku," katanya.


-MSTAR ONLINE
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive