Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Jun 22, 2009

Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan


Pimpinan tertinggi Pakatan rakyat bermesyuarat di Parlimen


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen hari ini.

Membacakan kenyataan selepas mesyuarat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."

Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah dibacakan dalam sidang media di lobi Parlimen.

Anwar menambah, pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh timbalan-timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung parti komponen Pakatan.


siasahdaily


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN. Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat! Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini. Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO. PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...

    BalasPadam
  2. Meludah langit jatuh ke muka umno sendiri.
    Kenapakah UMNO sanggup bekerjasama dengan puak puak Kafir MCA, MIC dan GERAKAN untuk memerintah negara?
    Kenapa sanggup memberikan Genting Highlands kepada Lim Goh Tong, dan meng'gazzete'kannya sebagai pusat judi yang sah?
    Kalau benar nak sangat perpaduan dengan Pas, kenapa beriya-iya nak masuk bertanding di Manek Urai?
    Ini kerusi tradisi Pas, sepatutnya hanya biarkan saja Pas walkover di kerusi dun ni.

    Ibarat kaedah feqah:
    Apa yang kamu kata, itulah yang kami kata balik.

    Jangan jadi hipokrit.

    ALLAH MAHA BESAR.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive