Selasa, Jun 30, 2009
Wibawa Enam Hakim DiSangsi
Seramai enam daripada sebelas Hakim Mahkamah Persekutuan dikenalpasti membelakangkan peruntukan perundangan dan Perlembagaan dalam membuat keputusan pada beberapa perbicaraan termasuk yang membabitkan kemelut politik Perak, bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan mendedahkan.
Enam hakim berkenaan masih berkhidmat walaupun mereka telah mencabuli Kod Etika Hakim 1994 dan boleh dipecat kerana gagal melaksanakan tanggungjawab secara berwibawa dan amanah.
Chan enggan menamakan hakim-hakim berkenaan secara terbuka tetapi mendedahkan bahawa sikap berat sebelah "kumpulan enam" itu terserlah setelah tercetusnya krisis perlembagaan di Perak.
Kes-kes bersabit kemelut diPerak menonjolkan kecenderungan enam Hakim Mahkamah Persekutuan itu untuk mengambil keputusan yang berpihak kepada Barisan Nasional walaupun penghakiman mereka jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
"Sejak berlakunya krisis politik Perak terdapat beberapa keputusan mahkamah yang tidak adil. Sekiranya krisis ini tidak berlaku kita tidak mungkin dapat membezakan "permata dengan batu" di kalangan hakim-hakim kita," kata Chan.
"Setakat ini saya telah mengenalpasti enam hakim Mahkamah Persekutuan yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka berpandukan undang-undang. Saya boleh tambah jumlah ini dengan kalangan hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi," kata Chan yang dihormati kerana keberaniannya menegakkan keadilan semasa dalam perkhidmatan.
Artikel 125(3A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kod etika hendaklah dipatuhi oleh setiap hakim sama ada daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.
Seksyen 2(2) Kod Etika Hakim menyatakan hakim yang melanggari mana-mana peruntukan dalam kod tersebut boleh dipecat daripada jawatannya.
Menurut Chan, antara keputusan Mahkamah Persekutuan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara ialah penghakiman April lalu bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco BN daripada menghadiri sidang DUN.
Keputusan kontrovesial itu diambil oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Beliau bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Seri S. Augustine Paul serta Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Hakim Augustine Paul, dalam penghakiman bertulis, mendakwa kononnya Perlembagaan Perak tidak memperuntukan hukuman penggantungan dari DUN untuk kesalahan menghina dewan.
Chan berkata kelima-lima hakim dalam perbicaraan itu telah membelakangkan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa, "keabsahan sebarang prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan dalam mana-man mahkamah".
"Hakim-hakim ini membuat undang-undang sendiri dan tidak memperdulikan Perlembagaan Negara yang bahasanya sangat jelas, terang dan rata-rata difahami oleh rakyat Malaysia," tambah Chan.
TVA
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Jun
(293)
- Wibawa Enam Hakim DiSangsi
- MANEK URAI : LIVE DARI STADIUM MBPJ
- Kempen Manek Urai UMNO memalukan
- Alu-alukan sumbangan ke Tabung PRK Manek Urai
- Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM suda...
- Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" ...
- MANEK URAI : SENYUM SEEKOR KAMBING
- 2 Pelajar UM Hadapi Penjara 20 Tahun
- MANEK URAI : TRADISI UMNO MENABUR JANJI
- MANEK URAI: TUAN DAN NIK
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT 30 JUN 09
- Pemimpin UMNO Boleh Berdebat Untuk Kebenaran
- Kenapa Umno tolak Islam - Nik Aziz ajak Najib berd...
- Himpunan Perdana Pakatan Rakyat
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 29 JUN 2009
- Apa Masalah Umno-BN ‘Bakul Sampahkan’ IPCMC?
- Pemimpin UMNO Tipu Rakyat Kelantan
- UMNO parti Darat, Kuno
- UMNO BN Nak dedahkan Kajian Apa ???
- Menggempur Umno di Manek Urai
- BRAZIL JUARA LAGI
- Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai
- DOSA BESAR UMNO BN
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT
- MANEK URAI : MITOS PERPECAHAN MELAYU
- MANEK URAI:BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SE...
- PANTUN MANEK URAI
- NIZAR vs ZAMBRY : KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SALAH
- Umno pengaruhi pengundi luar usah pulang mengundi
- UMNO MASIH RINDUKAN BULAN
- Biarkan Saja Jika Kerajaan Indonesia Hentikan Peng...
- Tengku Fakhry arah Manohara kembali ke pangkuannya
- MANEK URAI: MENTERI KENA JAWAB
- MANEK URAI : CALON PAS DAPAT SOKONGAN AKAR UMBI
- GAMBAR DARI MANEK URAI
- SELESEMA BABI LEBIH SEDAP KE?
- ADUN SEMBUR LADA KENA SAMAN
- Fauzi calon PAS di Manek Urai
- Beberapa Ahli UMNO Kota Bharu Keluar Parti
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 26 JUN 2009
- PAS Bukit Bendera tembusi kubu kuat Umno
- Perempuan Labah-labah Perkosa 10 Pria
- Ceramah Nizar di Masjid Subang 28 Jun ini
- MANEK URAI: MUFTI AMBIK ISU TENGAH JALAN
- Isteri Mahu Inkues Siasat Tahanan mati Di lokap
- KERAH BALA TENTERA KE MANEK URAI
- Suara Umno: Mufti Perak Jangan Di Peralat
- Pemuda Umno ungkit kerajaan perpaduan di Manek Urai
- Bimbang bahaya penularan budaya Umno dalam PAS
- Akhirnya tindakan Umno pecat PAS makan diri
- Michael Jackson dan Farah Fawcett meninggal dunia
- Manek Urai akan terus bersama PAS
- Hikmah di sebalik Sujud
- Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa
- Isu Ke Manek Urai : Ketua Pemuda Gerakan Ketinggal...
- Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar
- PRK MANEK URAI : CALON PAS DAH 'CONFIRM' CALON UMN...
- Aduan polis Umno terhadap Nik Aziz
- UMNO BN: 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN
- Fantasi Kerajaan Perpaduan UMNO Berkubur
- UTUSAN MELALAK LIDAH UMNO
- BRAHIM ALI KECEWA, PEMIMPIN UMNO PULA PATAH TARING
- Bukan Islam jadi ahli penuh PAS
- Pemuda PAS Bersedia Bekerjasama Dengan UMNO Dalam ...
- LEBIH MANTOP BEB!!!
- Umno cuba perbodoh pengundi Melayu di Manek Urai
- Definisi semula cemerlang dan rasional dalam SPM –...
- MANEK URAI - FAUZI VS TUAN AZIZ?
- 'Dr Puad Zarkashi usah perbodohkan kami' - pendidik
- Guru di Manek Urai diseru pilih PAS
- Tuan Aziz calon BN di Manek Urai?
- UMNO CUBA MAIN API, AKHIRNYA BAKAR DIRI SENDIRI
- UMNO TERTUNDUK MALU
- NIZAR - KISAH 15 JUN DAN KRISIS PERAK
- UMNO BN: SURUH ORANG UNDI TAPI TAKUT BUBAR DUN
- Dosa, sikap Umno sulitkan usaha perpaduan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 JUN 2009
- MP DAP Ipoh Timur: Isu Skandal PKFZ melibatkan Dan...
- PAS tak terliur untuk bekerjasama dengan Umno
- Cubaan Umno mengelirukan rakyat - Nasurudin Daud
- PEMIMPIN UMNO YANG BUTA SEJARAH
- Setia bersama PAS
- PANAS ENJIN: KEPERLUAN ATAU MITOS?
- UMNO JANGANLAH BUAT-BUAT PENING
- umno pas: PAS FOR ALL,UMNO FOR WHAT?
- Saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno
- RAPAT SAF LAWAN UMNO
- Nik Aziz tarik balik kecaman terhadap Nasharudin
- Nik Aziz selamatkan Manek Urai..
- Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan
- Tragedi Memali tidak boleh dimaafkan begitu saja
- MAT REMPIT BERSATULAH
- VIDEO ANWAR DI BANGI
- Kerajaan Perpaduan Berudang di Sebalik Mi
- UMNO PAS: Kerajaan Perpaduan..?
- GemPaq: RAKSASA MENGAMUK DI KT
- Umno-BN ‘lemas’ hadapi PAS-Pakatan Rakyat
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT
- UMNO PIPI TERSORONG-SORONG
- Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek ...
-
▼
Jun
(293)