Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 20, 2009

Jarum UMNO Mula Menular Dalam PAS



Oleh nurzaman


UMNO pasti sukar untuk memainkan jarumnya dalam PKR atau DAP ini kerana PKR yang rata-ratanya bekas pemimpin UMNO dulu amat sukar untuk dipengaruhi. Mereka sanggup tinggalkan segala kesenangan dan kemewahan semata-mata untuk berjuang dan kini apabila buah kejayaan sudah mula berputik mereka nak tinggalkan apa yang mereka perjuangan selama ini.

Cuma dalam ramai-ramai tu adalah seorang dua yang boleh dibeli seperti Ezam dan rakan-rakannya itu pun kerama Ezam mempunyai masalah dengan Azmin Ali. Dalam ramai-ramai itu juga ada yang takut seperti mana dua ADUN Perak terpaksa akur dengan kehendak dan kemahuan pimpinan BN setelah diugut dengan tindakan mahkamah atas isu rasuah.

Percubaan seterusnya UMNO menyerang PKR apabila mereka cuba memerangkap bekas ADUN Penanti Mohd Fairus juga atas isu rasuah. Walaupun beliau orang muda tapi beliau lebih bersemangat dan berani daripada dua ADUN Perak dan terus meletak jawatan. Begitu juga dengan bekas calon bebas yang kemudiannya menjadi anggota PKR juga diserang sehingga meletakan jawatan.

UMNO pastinya gagal mengugat keutuhan DAP kerana selama ini kepimpinan UMNO seolah-olah mengecap DAP sebagai parti yang mengamalkan perkuaman yang cukup kuat. Orang-orang UMNO di kampung-kampung cukup takut kepada DAP.

Sebaik saja Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang dan Lim Guan Eng di lantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, ramai orang UMNO yang menempelak penyokong Pakatan Rakyat termasuk saya sendiri. Jawapan saya mudah adakah Tan Sri Koh Tsu Koon itu melayu? Kalau Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon itu melayu saya mengaku saya silap.

Kalau nak diambil kira GERAKAN yang menang besar dalam pilihanraya 1969 juga adalah parti pembangkang kepada BN/UMNO dan selepas pilihanraya itu allahyarhan Tun Razak mengambil pendekatan baik dan berjaya membawa GERAKAN dan PAS menyertai BN.

Nampaknya kini Datuk Seri Najib cuba menggunakan pendekatan yang sama sepertimana yang dibuat oleh almarhum bapanya dulu dengan mengenenggahkan isu kerajaan perpaduan. Isu ini berjaya menarik perhatian beberapa orang pemimpin tertinggi PAS seperti Tuan Guru Haji Hadi Awang, Timbalannya Nazarudin Md. Isa dan Setiausaha Agung PAS Mustapa Ali.

Namun begitu isu ini telah menimbulkan kemarahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada kelompok yang menyokong kerajaan perpaduan malah beliau telah meminta Nasarudin Md. Isa untuk tinggalkan PAS dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bacok.

Baru-baru ini 10 orang ahli parlimen PAS telah mengadakan sidang akhbar menyokong pendirian parti mereka dan menolak cadangan kerajaan perpaduan. Mereka terdiri daripada Dr Hatta Ramli, Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
Berdasarkan senario ini kita rasa jarum UMNO telah berjaya masuk dan menular dalam batang tubuh PAS sehingga menimbulkan suasana yang kurang baik dikalangan rakyat. Rakyat telah memberikan sokongan yang cukup kuat kepada PAS dan Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Rakyat memang berada diambang kemenangan tiba-tiba kepimpinan tertinggi PAS pula membuat masalah.

Hari ini majoriti rakyat hanya menunggu pilihanraya ke-13 untuk menukar kerajaan yang ada. Ramai yakin BN/UMNO akan tumbang dalam pilihanraya tersebut. Hakikatnya majority rakyat sudah, jelak, muak dan meluat kepada BN/UMNO. Rakyat sudah sampai tahap bebal dan sanggup untuk mengorbankan BN/UMNO yang telah lama mereka sokong.

Jadi kepimpinan tertinggi PAS yang termakan dengan umpan yang dilemparkan oleh UMNO, sabarlah masa sudah dekat dan UMNO kini berada dalam keadaan terkapai-kapas hendak lemas dan mereka akan memautkan apa saja bagi menyambung tali hayat mereka untuk terus memerintah negara ini.

Kemarahan Tok Guru Nik Aziz kerana PAS Kelantan telah melalui pengalaman pahit bergabung dan kemudiannya mereka memecah belahkan perpaduan dalam PAS. Mereka menyokong kelompok untuk menubuhkan Berjasa. Tok Guru Nik Aziz pastinya tidak mahu digigit oleh ular yang sama malah dari lubang yang sama, dari itu lupakanlah soal kerajaan perpaduan rapatkan saf kuatkan langkah dalam usaha menumbangkan kerajaan BN/UMNO yang mana rakyat sudah bersedia untuk menukarnya.


utaraonline

Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. amNO memang dah dasar politiknya gilo macam tu cuma yang menjadi masalahnya Presiden Hj Hadi termasuk Nasa-Tapa and the geng penipu tu yang tak tau nak pikir.

    Pikir mana baik dan buruk pun susah sangat macam mana nak jadi pemimpin???

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive