Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 25, 2009

Siasat punca kematian


ALOR GAJAH - Keluarga Teoh B:eng Hock menolak penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Malah mereka turut menolak keputusan Kabinet kelmarin bahawa satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan minggu depan, sebaliknya mendesak kerajaan supaya memperluaskan skop suruhanjaya itu bagi turut menyiasat punca kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan bidang kuasa seorang majistret terhad berbanding sebuah suruhanjaya dalam menentukan punca kematian Beng Hock.

Menurutnya, beberapa kes sebelum ini, termasuk kes mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah disiasat suruhanjaya yang diketuai hakim dan bukannya seorang majistret.

“Dengan tahap keyakinan orang ramai mengenai badan kehakiman kita, maka kita merasakan adalah lebih baik sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Beng Hock.

“Saya dan keluarga Beng Hock merasa amat gembira apabila mendapat tahu bahawa satu Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan. Tetapi selepas meneliti maklumat ini dengan mendalam, kita berasa kecewa kerana tiada sama sekali disebut mengenai suruhanjaya itu menyiasat punca kematian.

“Bukan ini yang diinginkan keluarga Beng Hock. Apa yang mereka mahukan adalah sebuah suruhanjaya menyiasat mengapa mendiang boleh mati berhampiran bangunan ibu pejabat SPRM,” katanya kepada media selepas menemui dan berbincang dengan ibu bapa serta adik-beradik Beng Hock di kediaman mereka di Taman Seri Kelemak di sini semalam.

Sebelum sidang akhbar itu, adik mendiang, Teoh Lee Lan, 29, telah membaca satu kenyataan yang disediakan dalam Bahasa Mandarin yang menyentuh mengenai ketidakpuasan hati mereka mengenai pembentukan Suruhanjaya Diraja itu.

Menurut Kit Siang, keputusan Kabinet itu merupakan suatu yang amat mengecewakan dan ianya seolah-olah satu permainan ‘silap mata’ dari pihak kerajaan.

Menurutnya, sekiranya Najib ingin mencari kebenaran sebagaimana yang dinyatakannya, maka sebuah suruhanjaya untuk menyiasat keseluruhan akejadian perlu dibentuk.

“Kita mahu tahu bagaimana seorang lelaki muda dan sihat (seperti Beng Hock) boleh mati begitu saja. Dalam konteks ini, saya menyokong tindakan keluarga mendiang tolak keputusan Kabinet,” katanya.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, Najib perlu bertemu ibu bapa Beng Hock untuk mendengar pendapat mereka dengan secepat mungkin dan bukannya selepas semua proses siasatan selesai.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive