Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 27, 2009

Nizar : Suruhanjaya Diraja perlu kuasa penuh



Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - AJK PAS Pusat, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menggesa Suruhanjaya Diraja diberi kuasa penuh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock dan siapa yang bertanggungjawab melakukannya dan bukannya menyemak cara penyiasatan kes berkenaan dilakukan.

Ujar beliau rakyat mahu tahu kedudukan sebenar kes dan mahu pihak bertanggungjawab menerima hukuman setimpal.

Rakyat Malaysia dan pimpinan parti-parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkehendakkan keamanan dan keadilan mahukan Suruhanjaya Diraja yang bebas menyiasat kenapa perkara ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab, katanya.

Beliau juga menolak tugas suruhanjaya yang hanya ditugaskan untuk menyiasat proesdur siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan siasatan pelanggaran hak asasi manusia.

Sebaliknya suruhanjaya perlu mengendali semua tugasana tersebut dengan jujur, telus dan tidak bias kepada mana-mana pihak, ujar Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Sementara itu keluarga Teoh menolak penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

Malah mereka turut menolak keputusan kabinet yang mahu satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan mencari punca kematian, sebaliknya mendesak kerajaan supaya memperluaskan skop suruhanjaya itu bagi turut menyiasat punca kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan bidang kuasa seorang majistret terhad berbanding sebuah suruhanjaya dalam menentukan punca kematian Teoh.

Menurutnya, beberapa kes sebelum ini, termasuk kes mata lebam Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah disiasat suruhanjaya yang diketuai hakim dan bukannya seorang majistret.

Dengan tahap keyakinan orang ramai mengenai badan kehakiman kita, maka kita merasakan adalah lebih baik sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Beliau dan keluarga Teoh pada asalnya gembira apabila mendapat tahu bahawa satu Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan,

Namun selepas meneliti maklumat dengan mendalam, DAP kecewa kerana suruhanjaya itu ditubuhkan bukan untuk menyiasat punca kematian, katanya.

Bagi keluarga Teoh, mereka mahukan sebuah suruhanjaya menyiasat mengapa mendiang boleh mati berhampiran bangunan ibu pejabat SPRM.

Kit Siang turut menyamakan keputusan PM itu sebagai satu 'silap mata' yang hanya memperolok rakyat.

Sebaliknya jika Najib ingin mencari kebenaran sebagaimana yang dinyatakannya, jawapannya ialah suruhanjaya tersebut perlu diberi bidang kuasa menyiasat penuh punca kematian, dan bukan inkues.

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive