Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 28, 2009

Tan Sri Khalid Arah Satu Audit Dalaman Dijalankan



Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan satu audit dalaman dijalankan berhubung pembelanjaan peruntukan untuk ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN).

Beliau berkata, audit dalaman ini dilakukan bagi memastikan pembelanjaan wang peruntukan untuk ADUN mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

“Ini adalah satu cara bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa akaun dan pembelanjaan dana Kerajaan Negeri akan sentiasa dipantau,serta mengkaji proses dan garis panduan yang ditetapkan sebagai penambahbaikan,” katanya.

katanya, audit dalaman ini akan dilaksanakan segera dan akan bermula di Daerah Petaling.

Justeru ,satu laporan lengkap akan dibentangkan oleh unit audit dalaman Kerajaan Negeri dalam jangka masa sebulan ini,dan akan dibentangkan kepada orang awam.

Sementara itu Tan Sri Khalid berkata, Kerajaan Negeri telah melantik peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi mewakili Negeri Selangor dalam prosiding inkues berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Menurutnya, Malik dikenali sebagai peguam yang memperjuangkan hak asasi manusia juga akan mewakili Negeri Selangor dalam siasatan Suruhanjaya DiRaja .

Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk mengkaji Peraturan Soal Siasat SPRM dan menentukan sama ada berlakunya pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat dilakukan.



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive