Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 17, 2009

MANEK URAI (MU): SETAN MERAH DIPUJA


Khyril Muhymeen...gua memang minat style dia main...gua dah mintak dia bubuh sebijik petang esok...

LUPAKAN seketika acara lain dan tumpu kepada Manchester United.Begitulah mukadimah pembuka cerita sebuah akhbar tabloid online.Kita begitu memuja setan merah (red devils) ini,walhal kita langsung tidak ambil peduli kepada pasukan kebangsaan kita yang bakal berentap dengan mereka.Apakah nasib yang bakal menimpa mereka esok.Samada mereka membelasah atau kena belasah dengan setan merah itu.

Tiada siapa yang mahu datang menyaksikan sesi latihan pasukan kebangsaan kita.Berlainan pula dengan sesi latihan setan merah yang dihadiri lebih 40,000 peminat petang tadi di Stadium Bukit Jalil.Menteri Belia dan Sukan juga turut tidak terkecuali hadir.

Tentu petang esok ramai yang hadir di stadium akan memakai jersi setan merah berbanding jersi kuning hitam Harimau Malaya.Kasihan pada pasukan kebangsaan kita.Dari segi sokongan peminat pun mereka sudah kalah,lalu bagaimana hendak memenangi perlawanan? Nak buat lagu mana,kita masih lagi dijajah oleh orang putih.


Kita sepatutnya memberi sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan kita,bukannya kepada setan merah itu.Kalau boleh jangan seorang pun memberi sokongan kepada setan merah itu,barulah semangat pasukan kita akan membara untuk mengalahkan setan merah.biaqpila.blogspot.com...apa ada hal.


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. kolot!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. syarikat surat khabar itu harus didenda dgn berat...tutup sebulan..bole ke klu hukuman ni dijalankan??

    temam2 tolong bagi jawapan..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive