Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 24, 2009

Dua beradik dicabul lelaki Bangladesh


SEREMBAN – Perbualan dua beradik menceritakan insiden diraba payu dara dan punggung oleh seorang lelaki warga Bangladesh dalam dua kejadian berasingan di sebuah pasar raya sama di Taman Matahari Heights, Senawang terbongkar setelah ibu saudara mereka mendengar perbualan itu.

Kedua-dua m:angsa yang pada awalnya enggan memberitahu perkara berkenaan kepada keluarga akhirnya mendedahkannya, sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Da:erah (IPD) Seremban.

:Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisiner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian berlaku pada 20 Julai ketika mangsa (kakak) pergi membeli keperluan harian di pasar raya berdekatan rumahnya di Senawang.

“Mangsa yang berusia 13 tahun dan masih bersekolah diraba di bahagian payu dara semasa sedang membeli belah.

“S:elepas kejadian, mangsa kemudiannya pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada adiknya yang berusia 11 tahun dalam bilik.

“Adik mangsa turut mengaku payu dara dan punggungnya diraba suspek dalam satu kejadian dua minggu lalu,” katanya ketika di temui selepas majlis penyerahan tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban di IPD, semalam.

Menurutnya, ibu saudara mang:sa yang mendengar perbualan itu meminta penjelasan dua beradik itu sebelum membuat laporan di IPD Seremban pada hari sama.

“Polis menahan suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan di rumah kongsi dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di sebuah rumah kawasan perumahan Kolej Lagenda, Mantin kerana memiliki peralatan polis.

“Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pegawai pemasaran ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 89 Akta Polis dan sekiranya sabit kesalahan suspek boleh dihukum denda RM500 atau enam bulan penjara,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive