Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 19, 2009

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno



Mohd Zuharman

Sama ada benar atau palsu janji dilafazkan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai, namun hakikatnya dari sudut fizikal Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempengaruhi hampir 95 peratus pencapaian majoriti PAS pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Secara tidak langsung percaturan politik Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno, seolah-olah hampir memberi pukulan maut tidak mampu disangkal oleh PAS.

Sebagaimana dilaporkan, BN mendominasikan seluruh jentera kerajaan sebagai senjata kempennya. Tetapi umpan dilihat paling berkesan ialah janji projek jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.

Selain itu taktik paling buruk dan kotor seperti mana didakwa pihak lawannya ialah sogokan rasuah bernilai tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Sejauh manakah kebenaran itu, tuhan saja yang maha tahu. Yang pasti kemenangan tipis PAS menggambarkan keupayaan Umno mengubah senario politik semasa di Manek Urai. Secara tidak langsung Umno boleh berbangga walaupun tewas di pertarungan kali ini.

Tinjauan The Malaysian Insider sepanjang tempoh berlangsungnya kempen pilihan raya ternyata PAS lebih terkehadapan menguasai keadaan berbanding Umno.

Hampir setiap tempat, bermula dari Sungai Sok hingga ke Laloh program PAS sentiasa sesak, laungan takbir tanda sokongan padu kepada parti itu tidak pernah menyepikan kesunyian malam.

Apatah lagi kalau melihat tiga malam terakhir, mengikut adat Umno sudah boleh gulung tikar dan angkat bendera putih. Kehadiran Anwar Ibrahim di kampung Peria disambut 5,000 penyokong. Tetapi program Umno yang diadakan bersebelahan cuma dihadiri penonton seramai paling tinggipun 50 orang. Betapa nazak sambutan diberi kepada BN.

Benar kata orang, di dalam politik serba kemungkinan. Sebab itu banyak telahan dan spekulasi jarang menepati sasaran hatta dari penganalisis politik hebat sekalipun.

Kehadiran ribuan audien tidak boleh dijadikan referendum kekuatan sesebuah parti kerana mungkin ia terdiri daripada penyokong-penyokong luar kawasan. Jadi, tidak wajar persoalan ke mana pergi ribuan penyokong yang pernah membanjiri ceramah PAS sebelum ini dikaitkan dengan kemenangan tipis dialaminya.

Sebaliknya PAS akan diihat lebih rasional sekiranya cuba beralternatif mencari di mana pengundi luar seramai lebih 1,000 orang dikatakan penyokong tegar PAS dilaporkan pulang dan memberi jaminan mengundi bulan?

Mengambil sikap berterusan menyelar parti lawan menggunakan rasuah selepas keputusan sudahpun muktamad bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Jika benar dakwaan itu serahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Mengadakan 'domestic inquiry' parti barangkali lebih utama.

Walau apapun, perspektif politik pasca PRK Dun Manek Urai 14 Julai menjadi momentum baru kepada kedua-dua parti menghadapi PRU akan datang.

Justeru PAS tidak wajar berbangga dengan bayang-bayang sendiri menjulang kemenangan tipisnya itu. Sebaliknya PAS mesti sedar bahawa roh Umno telah kembali pulih di Manek Urai bagi mengisi methodologi baru menjejaki rentak lawan.

harakahdaily

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. DurianKampung19/7/09 8:51 PTG

    Saya tidak bersetuju sama sekali jika dikatakan pilihanraya kecil MU menghidupkan kembali roh UMNO. Hakikatnya.. dengan roh-rohnya telah dihantar ke alam barzakh.

    Analisa dari blogger Kickdefella & Penarik Beca sebelumnya adalah tepaat sekali, bagi menggambarkan kenyataan saya di atas. Rujuk di sini:
    http://kickdefella.wordpress.com/2009/07/18/analisa-manek-urai-cakap-malam-dengar-dengar-cakap-siang-pandang-pandang/

    Hakikatnya, PAS tidak pernah menang dalam pilihanraya kecil di Kelantan sejak 1997. Jadi, lebih 12 tahun PAS gagal menandingi jentera BeeEnd yg ditumpukan sepenuhnya utk memenangkan BeeEnd di setiap pilihanraya kecil. Jadi, kemenangan di MU sebenarnya satu kemenanngan yg besar bg PAS.

    Disamping itu, cakap-cakap yg mengatakan MU adalah kubu kuat PAS hanyalah propaganda BeeEnd agar gerak kerja PAS merasa selesa dan alpa. MU BUKAN KUBU KUAT PAS, sebaliknya kubu kuat BeeEnd. Ini dibuktikan dengan kemenangan BeeEnd pd PRU 2004.

    Allayarham Ismail Yaacob menang di MU pd PRU 2008 yg lalu kerana faktor peribadinya yg memang disenangi oleh kedua2 pihak PAS dan BeeEnd. Lagipun, ketika PRU 2008, ahli BeeEnd di MU bertelagah sesama sendiri kerana ketidakpuasan hati dengan pemilihan calon. Ramai penyokong BeeEnd memangkah calon PAS sebagai balas dendam.Disamping itu, jumlah wang & projek yg ditaburkan oleh BeeEnd sewaktu PRU tidak sebanyak yg ditaburkan semasa pilihanraya kecil.

    Dari analisa setelah PRK MU selesai, majoriti blog pro pakatan rakyat gagal melihat situasi ini & memilih untuk menyalahkan pemimpin PAS Kelantan, pengundi muda dsb. Maka saya tekankan sekali lagi, roh UMNO sebenarnya telah dihantar ke alam barzakh... bersama roh mendiang Teoh yg dianiaya SPRM...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive