Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 18, 2009

Perhimpunan Rakyat di Stadium Kelana Jaya




Kematian Teoh- Perhimpunan Rakyat di Stadium Kelana Jaya
Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti Perhimpunan Rakyat untuk menuntut keadilan bagi mendiang Teoh Beng Hock yang mati di Plaza Massalam, Shah Alam pada Ahad, 19 Julai di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya jam 4.30 petang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pihak polis bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam dalam perhimpunan tersebut serta dapat memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

Beliau berkata, kerajan negeri akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses siasatan dan berharap agar kerja siasatan dapat dijalankan secara professional, menyeluruh dan telus.

Selain itu beliau menegaskan, kerajaan negeri menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian pegawai kerajaan Teoh Beng Hock di Plaza Masallam ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, proses siasatan wajar dianggotai panel yang bebas bagi mengenalpasti punca kematian dan pihak yang bertanggungjawab di atas kematian tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpendirian proses itu penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

"Kematian Beng Hock menimbulkan isu keselamatan pegawai kerajaan semasa dalam siasatan. Kerajaan negeri mengarahkan tiada pegawai kerajaan yang dibenarkan soal siasat oleh SPRM di luar kawasan pejabat," tegasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam bagi pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM dan arahan itu akan dilanjutkan sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian mendiang Teoh

harakahdaily

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive