Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 27, 2009

BN cuba pecahkan Pas: Mahfuz




SHAH ALAM-Pas mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan kesediaan Menteri Besar Kelantan itu untuk melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

Naib Presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau tidak nampak kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah kerjasama politik antara Pas dan BN akan berlaku dalam masa terdekat.

Menurutnya, pendapat yang dikeluarkan oleh pemimpin BN berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak lebih daripada mahu melihat Pas dan rakan Pakatan Rakyat (PR) berpecah dengan isu yang dibangkitkan oleh parti tersebut.

“Saya percaya isu ini diputarbelitkan, apa yang tuan guru maksudkan, ialah isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan UMNO-PAS, selama ini kerajaan pusat telah meminggirkan kerajaan negeri melalui pelbagai cara dan kaedah.

“Oleh yang demikian kalau nak membuat pertemuan sekalipun, ia akan berlaku antara exco kerajaan negeri dan menteri yang berkenaan, Yang dia (Muhyiddin) hendak bawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO apa perlunya?"katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyambut baik kenyataan Nik Aziz yang mahukan kerajaan negeri dan pusat itu melupakan seng geta lama sekali gus membuka pinta kerjasama antara kedua-parti terbabit.

Untuk tujuan tersebut, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, MT UMNO yang bersidang pada Jumaat ini akan membincangkan langkah awal termasuk menetapkan wakil perbincangan ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata BN kini berada dalam keadaan sangat terdesak sehingga sanggup membuat kenyataan segera dengan isu yang dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

“Apa perlunya BN mengungkit kembali soal kerjasama parti seperti penubuhan kerajaan perpaduan, isu ini sudah lama ditutup, mereka ini dalam keadaan sangat terdesak dan memerlukan sokongan, saya boleh anggap BN dan UMNO ini sudah 'gila talak'.

“Apa yang pasti saya lihat apa yang digembar-gemburkan oleh pimpinan BN berhubung dengan isu ini adalah tidak lebih untuk mengalih perhatian kes kematian setiausaha politik exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang masih dalam peringkat penyiasatan polis,”katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive