Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 18, 2009

7 PENYOKONG DIBEBASKAN




SHAH ALAM - Seramai tujuh penyokong pembangkang yang ditahan ketika berhimpun secara haram di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) Selangor dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan kepada media perkara ini.

Dalam kejadian pagi semalam, salah seorang Exco dan Ahli Parlimen Selangor ditahan pihak berkuasa kerana berhimpun secara haram di perkarangan Plaza Masalam di sini.

Exco dan Ahli Parlimen berkenaan ialah Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.

Menurut saksi, mereka ditahan di kawasan lapang bangunan berkenaan selepas berhimpun secara haram sebelum dibawa ke IPD Shah Alam.

Mereka merupakan antara 7 yang ditahan dalam perhimpunan selepas penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka dipercayai melakukan perhimpunan secara haram sebagai desakan supaya SPRM disiasat ekoran kematian seorang Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Mangsa terbunuh selepas dipercaya iterjatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive