Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 18, 2009

MANEK URAI :MANCHESTER UNITED DIDAHULUKAN


Khyril Muhymeen...gua memang minat style dia main...gua dah mintak dia bubuh sebijik petang ni...

Lupakan seketika selesema babi.

LUPAKAN seketika acara lain dan tumpu kepada Manchester United.Begitulah mukadimah pembuka cerita sebuah akhbar tabloid online.Maknanya kita kena lupakan seketika selesema babi dan tumpukan kepada Manchester United.

Kita begitu memuja setan merah (red devils) ini,walhal kita langsung tidak ambil peduli kepada pasukan kebangsaan kita yang bakal berentap dengan mereka.Apakah nasib yang bakal menimpa mereka petang ini.Samada mereka membelasah atau kena belasah dengan setan merah.



Tiada siapa yang mahu datang menyaksikan sesi latihan pasukan kebangsaan kita. Berlainan pula dengan sesi latihan setan merah yang dihadiri lebih 40,000 peminat petang semalam di Stadium Bukit Jalil.Mereka sanggup hadir walaupun terdedah kepada penyebaran selesema babi.Menteri Belia dan Sukan kita juga turut tidak terkecuali hadir.Inilah yang dikatakan Manchester United didahulukan.

Tentu petang ini ramai penonton yang hadir di stadium akan memakai jersi setan merah berbanding jersi kuning hitam Harimau Malaya.Kasihan pada pasukan kebangsaan kita.Dari segi sokongan peminat pun mereka sudah kalah,lalu bagaimana hendak memenangi perlawanan ini? Moral mereka tidak kita naikkan langsung.Lebih dari itu pasukan setan merah juga kita banggakan. Nak buat lagu mana,fikiran kita masih lagi dijajah oleh orang putih.



Kita sepatutnya memberi sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan kita,bukannya kepada setan merah itu.Kalau boleh jangan seorang pun memberi sokongan kepada setan merah itu,barulah semangat pasukan kita akan membara untuk mengalahkan setan merah.Apa-apa pun selamat berjuang buat pasukan Malaysia.Tolonglah belasah MU 4-0,janganlah terlalu menghormati lawan.Kepada Manchester United terang-terang gua cakap sorry gua tak minat lu...


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Piirraaahhh18/7/09 2:30 PTG

    BIAQPILA....HANG NAK DENGKI APA...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive