Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 25, 2009

Manek Urai : PAS Keuntungan, UMNO Kerugian



Oleh: Harun Jaafar

UMNO telah menggunakan pelbagai kemudahan kerajaan seperti jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, jabatan pertanian, jabatan kebajikan masyarakat, jabatan kerja raya, jabatan penerbangan, tentera, KESEDAR, dan sebagainya sejak sebelum hari penamaan calon lagi untuk mengemis undi di Manek Urai. Ini tidak termasuk pemberian pelbagai jenis wang kepada petani, penternak, nelayan, kanak-kanak sekolah, dan lain-lain.

Ini tidak termasuk janji menjadikan Manek Urai sebagai "Anak Emas". Tidak juga termasuk janji membina jambatan. Apa lagi janji menjadikan Manek Urai sebagai sebuah agropolitan. Dua janji yang terakhir itu dikenakan syarat, iaitu mesti memenangkan BN. Janji itu berbentuk rasuah. Syarat itu berbentuk ugutan. Demikianlah perubahan baru yang dibuat oleh UMNO pimpinan Najib untuk kempen PRK Manek Urai.

Pendekatan merasuah pengundi ini telah berjaya mengkelabumatakan penduduk miskin di Manek Urai. Hakikatnya, hal ini merupakan satu penghinaan terhadap mereka. Mengapa mereka dibiarkan berada dalam keadaan seperti itu walaupun negara sudah merdeka lebih daripada 50 tahun? Adakah hal itu disengajakan supaya dalam pilihan raya-pilihan raya akan datang taktik yang sama boleh digunakan lagi? Alangkah zalimnya kerajaan seumpama itu.

Dengan berbuat demikian terhadap rakyat Manek Urai, UMNO telah mengecilkan hati penduduk Mengkebang, Guchil, dan Dabong yang berjiran dengannya serta rakyat miskin di bahagian-bahagian lain dalam negeri Kelantan. Sama ada disedari atau tidak, fenomena ini menjadi bukti ketidakikhlasan kerajaan, sikap pilih kasih pemerintah, dan kepentingan menjadi asas kepada pelaksanaan keputusan dalam kalangan pemimpin UMNO.

Adakah pendekatan ini menunjukkan negara kita sedang menuju ke arah kemajuan? Jawapannya tentu tidak. Ini imej dan mentaliti negara dunia ketiga. Adakah hal ini dipraktikkan di Singapura, Jepun, dan Korea Selatan? Jika jiran terdekat kita pun sudah jauh meninggalkan kita dalam bidang ini, bagaimana kita seenaknya mendakwa wujudnya Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan dan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 sedangkan acuannya ditentukan oleh UMNO?

Rakyat tidak tahu sampai bila UMNO akan meneruskan penggunaan teknik dan taktik kuno itu. Mereka sendiri sedar jumlah orang yang bersetuju dengan cara demikian sudah semakin berkurangan pada masa ini. Dengan maklumat sahih yang semakin senang diperoleh sekarang ini, sukar bagi ahli politik rasuah memakai apa jua topeng untuk kelihatan baik, sopan, dan boleh dipercayai. Itulah yang berlaku di Manek Urai 14 Julai 2009 yang lalu. Memang benar UMNO mencapai kemenangan moral. Kemenangan yang hakiki milik PAS. Wakil rakyat yang akan bermesyuarat di DUN Kelantan ialah YB Mohd. Fauzi Abdullah dari PAS walaupun sebelum ini dia hanya pemborong ikan.

Ramai orang yang bercakap tentang hal hal yang tidak relevan sekarang ini, iaitu tentang majoriti kemenangan hanya 65 undi. Hakikatnya lebih satu undi pun dikira menang. Turun naik undi yang diterima oleh calon bergantung kepada banyak faktor. Namun, demokrasi mengajar kita, undi siapa yang lebih, dialah pemenang. Kenapa sekarang kurang, dahulu lebih, dan sebagainya hanya penting untuk penyelidikan, memenuhkan ruang yang disediakan dalam akhbar/majalah, dan bahan berborak di kedai kopi.

Allahyarham Paksu Mail sendiri memulakan kerjaya politiknya denganb majoriti 594 undi pada tahun 1986. Dia hebat. Sejak itu, dia tak pernah kalah. Mari kita perhatikan statistik yang berikut:

Paksu Mail 2008 5,746 undi
Abe Uji 2009 5,348 undi
Penurunan 398 undi

Tuan Aziz 2009 5,283 undi
Zulkepli 2008 4,394 undi
Kenaikan 889 undi

Dengan berbekalkan gigi dan lidah serta sedikit wang yang wajar disediakan, undi PAS hanya turun 398 undi. Berdasarkan modal yang tak seberapa, penurunan itu merupakan satu kejayaan yang amat besar. Ini menunjukkan bahawa PAS hebat di Manek Urai. PAS mendapat dokongan rakyat.

Dengan serba mak nenek kemudahan dan taburan wang puluhan juta ringgi, undi UMNO hanya naik 889 undi, tak sampai pun seribu. Mereka sepatutnya menang jika hebat, bukan naik sekadar itu saja. Kegagalan ini membesarkan lagi kemaluan UMNO. Mereka rugi besar. Perbelanjaan mengatasi pendapatan. Rakyat Malaysia pun rugi juga kerana wang pembayar cukai disia-siakan begitu saja di Manek Urai. Untuk mengubat hati yang duka lara, mereka kata mereka dapat kemenangan moral. Kalau ada lagi PRK selepas ini, rakyat bersedia untuk memberi kemenangan moral yang maha besar kepada UMNO/BN.

Ahli dan pemimpin PAS/PR perlu berfikiran positif dan berlapang dada dengan kurniaan Allah itu. Jangan terikut-ikut dengan rentak kecewa dan sour grape UMNO/BN. Lantak merekalah hendak menangis tak berlagu ke, lagu canggung ke, tangkap leleh ke, atau apa-apa aje. Rapatkan semula saf, ketepikan syak wasangka, hapuskan perbezaan pendapat, dan bersatu hati. Teruskan rekod kemenangan ini sehingga PRU Ke-13 tiba, siapa tahu Najib buat PRU itu pada tahun 2011!!! Kita tumbangkan UMNO/BN ketika itu. Takbir!!!



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive