Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 21, 2009

Kelebihan bertempur dengan BN di bulan Ramadan | Nizar News




Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Ada beberapa kelebihan awal yang berpihak kepada PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir kali ini. Pertama, pertarungan antara parti Islam dengan parti lawan diadakan dalam bulan Ramadan. Amerika Syarikat selaku kuasa besar dunia sendiri mengelak untuk bertempur dengan pejuang Islam di bulan Ramadan. Musuh Islam juga baca sirah perjuangan Islam bahawa perjuangan Islam sentiasa menang di bulan Ramadan.

Jika Amerika Syarikat sendiri takut untuk berperang di bulan Ramadan, maka agak hairan mengapa Umno 'begitu berani' memilih penghulu segala bulan ini untuk berlawan dengan parti Islam.

Saya tidak berniat untuk menulis dalam bahasa yang ironi atau jenaka dalam isu ini. Ia adalah perkara benar. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mengarahkan umat Islam berpuasa seharian sebelum menunaikan solat hajat pada malamnya untuk beberapa isu yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Dalam ceramah sempena solat hajat itu beliau mendedahkan bahawa tujuannya mengarahkan berpuasa kerana doa yang hampir dengan Allah datangnya dari orang yang bersabar dan bersolat. Puasa, katanya, adalah lambang kesabaran kita.

Oleh itu semua ahli-ahli dan penyokong PAS, berdoalah sebanyak-banyaknya untuk kemenangan PAS yang lebih besar pada empat hari pertama Ramadan. Agenda ini tidak ada pada pejuang parti sekular dan tidak sukar pula untuk dilakukan.

Kedua, Permatang Pasir terletak di Permatang Pauh. Sinonim dengan tokoh reformasi Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pengaruhnya sangat besar di sini. Sekarang dia sedang diganyang dengan hebat dengan oleh Umno. Dia dituduh sebagai pengkhianat bangsa, yang merupakan tuduhan yang ke 1001 dalam siri-siri tuduhan terhadapnya.

Sudah 10 tahun Anwar dituduh macam-macam. Rakyat dah pekak telinga dengar tohmahan terhadapnya. Kementeria Penerangan patut ditukar nama kepada 'Kementerian Menghentam Anwar'.

Malang bagi BN kerana Anwar adalah manusia yang membina pengingkatan populariti dengan penghinaan dan maki hamun. Sebab itu setiap kali Anwar dihina dan diaibkan, maka sokongan terhadapnya akan bertambah.

Setiap kali beliau diserang maka Ketua Pembangkang itu akan menjelaskan kepada rakyat satu persatu; maka api yang menjulang hingga kepucuk langit boleh padam dengan pidatonya. Itulah keramatnya manusia bernama Anwar Ibrahim.

Ketiga, terdapat 25.85 peratus undi bukan Melayu. Jumlah tersebut sangat besar berbanding tak sampai 1 peratus di Manek Urai. Isu Teoh Beng Hock yang menggegar negara belum selesai muncul pula isu pembantu anggota Exco Selangor Ronnie Liu yang dikeronyok oleh SPRM sehingga cedera. Mungkin peristiwa itu kecil tapi impaknya sangat besar kepada masyarakat Cina.

Betul juga kata Dr Mohd Ridhuan Tee, jika orang Cina yang jadi mangsa maka bangsa mereka akan (nampak) bersatu. Ia dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar-akhbar Cina. Banyak isu yang disepikan oleh akhbar-akhbar talibarut Umno, tetapi mendapat liputan meluas di dada akhbar Cina termasuk akhbar yang dimiliki oleh MCA sekalipun. Antaranya isu Presiden MCA Ong Tee Kiat yang didakwa membaham RM10 juta dalam isu FKFZ.

Saya lebih berminat untuk mendapat pandangan rakan-rakan Cina berhubung kedudukan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat, khususnya dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir. Semuanya hampir senada, "tidak banyak berubah". Jawapan diterima melegakan. Namun tidaklah dapat dimuktamadkan sebelum peti undi dibuka 25 Ogos nanti.

Keempat, BN baru saja 'menang' moral di Manek Urai. Untuk seketika mereka merasa berada di zon selesa. Pakatan juga pernah menang besar di Permatang Pauh. Menang lagi di Kuala Terengganu. Melangkah pula ke dalam zon selesa di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.


Bahayanya apabila merasa (atau perasan) berada di zon selesa ialah tidak dapat menduga kekuatan musuh. Apabila BN merasa mereka 'menang' di Manek Urai maka mereka sangat terikat dengan modus operandi di sana .

Di Manek Urai, BN bawa isu PAS ikut telunjuk DAP dan menjadikan habuan duniawi bernama pembangunan sebagai kekuatan membeli sokongan rakyat. Sangat jelas Muhyiddin Yasin terikat dengan kejayaan sementaranya, lantas mengumumkan isu pembangunan sebagai modal utama kempen.

Manek Urai dan Permatang Pasir, bagi Kutub Selatan dengan Gurun Sahara. Strateginya Muhyiddin tak ubah bagai memukat di dalam longkang. Begitu juga apabila mereka mencanang isu perkauman di kalangan pengundi Melayu. Ia mungkin betul di Manek Urai tetapi menempah bencana di Permatang Pasir yang terletak di Pulau Pinang.

Umno bakal menerima terjahan berkitab-kitab pengkhianatan mereka terhadap Melayu Pulau Pinang sepanjang kempen berlangsung. 50 tahun Umno khianati Melayu Pulau Pinang. Ia telah terpahat dalam catatan panjang berdakwatkan darah dan air mata.

Sebagai anak Pulau Pinang, secara peribadi saya bertekad untuk mengganyang Umno habis-habisan hingga rapat ke lantai dalam isu pengkhianatan mereka terhadap Melayu di sana.

Kita sudah menjangka isu perang saraf yang akan dimainkan oleh Umno ialah, jika PAS menang boleh buat apa? Jawatan Exco pun DAP tak beri.

Khairy Jamaluddin minta PAS keluar Pakatan kerana tak diberi jawatan Exco walaupun menang di Permatang Pasir dulu. Ustaz Nasruddin Tantawi membalas dengan mendesak Khairy letak jawatan dalam Umno kerana walaupun menang ketua Pemuda tapi tak dilantik jadi menteri. Padan muka.

Itu rencah politik. Cabaran dijawab dengan cabaran. Soalan pun kena dijawab dengan soalan. Tanya balik Umno kalau menang BN dapat jadi apa? Kalau setakat nak melalak sebagai pembangkang dan memulau sidang Dun setiap kali berlangsung sidang, baik dari awal tak payah pilih jadi Adun.

Perang saraf Umno di kalangan orang Melayu ialah kerajaan Pakatan Pulau Pinang didominasi bukan Melayu. Nah, kalau nak tambah kerusi Melayu dalam kerajaan negeri menangkan PAS! Orang Melayu ada suara dalam kerajaan.

Tapi kalau Umno yang menang kerusi Melayu tak bertambah sebab Umno pembangkang dan kerjanya pula memulau Dewan. Buat apa pilih wakil rakyat makan gaji buta?

detikdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Kalaulah iman terletak di serban dan kopiah .............!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive