Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 04, 2009

Umum Calon awal faktor kemenangan!




N11 -Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir yang bernanung di bawah Parlimen Permatang Pauh merupakan satu- satu kerusi tunggal PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semenjak piilhanraya umum ke 11(1990 hingga ke hari ini). Kemenangan Wakil Rakyatnya(Allahyarham Dato’ Hamdan Abdul Rahman) yang di ramah dan disenangi rakyat tempatan khususnya di Permatang Pasir merupakan catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan. Walau pun Allahyarham merupakan Wakil Rakyat tunggal di negeri pentadbiran Pulau Pinang ianya setidak- tidaknya dapat mengubati penat -jereh PAS berjuang di dalam pilihanraya yang telah disertai buat kali ke 12.

Kemenangan ini sewajarnya dikekalkan dengan memperkemasakan dan melipat gandakan jentera- jentera PAS dan Pakatan Rakyat di DUN Permatang Pasir yang bakal menyaksikan pertembungan antara PAS dan UMNO.

UMNO buat kali ke lima telah tersungkur di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti dan terkakhir Julai lepas di Manek Urai walau pun mereka berbangga dengan kekalahan tipis di Manek Urai yang kononnya para pengundi telah kembali menyokong UMNO dan menerima 1Malaysia yang di bawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Permatang Pasir bukanlah Manek Urai di Kelantan tetapi DUN Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS dan para pengundi majoritinya adalah Pengundi Melayu dan sejumlah lebih kurang 6,000 pengundi yang berdaftar adalah kaum cina dan india.

Majoriti yang dimenangi oleh Allahyarham Dato’ Hamdan Abdul Rahman merupakan bekas ADUN Permatang Pasir dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang amat disenangi rakyat di situ. Majoriti yang diperolihi oleh Allahyarham lebih dari 5000 undi adalah besar dan sukar dikurangkan dan jika faktor calon PAS yang diletakan itu setara dengan Allahyarham Dato’ Hamdan Abdul Rahman saya yakin majoriti lebih besar dapat diperolihi walau pun UMNO sudah menjadi kebiasaannya akan menggunakan sepenuh ‘kelebihan dan kelicikan’ yang ada pada mereka.

PAS wajar mengumumkan calon DUN Permatang Pasir dengan kadar segera sebelum UMNO mengumumkan calon mereka. Calon PAS mestilah mesra rakyat, mudah didampingi, berjiwa rakyat dan berakhlak mulia, berpengaruh serta taat kepada Allah swt.

PAS juga harus berhati- hati dengan isu yang dimainkan oleh UMNO semenjak dahulu lagi yang mana mereka akan menggunakan taktik kotor untuk memburuk- burukkan calon PAS. Isu remeh di dalam Pakatan Rakyat tidak harus ditimbulkan oleh PAS dan Pimpinan Pakatan Rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan dan sebagainya hendaklah dihentikan serta-merta bagi menumpukan sepenuhnya gerak kerja pilihanraya. PAS juga digesa tidak melayan pertanyaan dan soalan dari wartawan- wartawan yang memutar-belitkan kenyataan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat sepanjang proses kempen PRK Permatang Pasir.

Jika ini dilakukan saya yakin PAS akan dapat meraih sokongan dan majoriti yang lebih besar di Permatang Pasir.

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!

siasahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock

1 ulasan:

  1. UMNO sudah kehabisan modal untuk berkempen di Permatang PASir....Kalau modal pembangunan untuk bina jambatan, jalan tar tu rakyat sudah muakkk!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive