Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 23, 2009

21 Pemandu kenderaan berat disahkan positif dadah




KOTA BAHARU – Seramai 12 pemandu bas ekspres antara 21 pemandu kenderaan berat yang disahkan positif menggunakan dadah ketika memandu dikesan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Ketua Pengarah JPJ, Datu Solah Mat Hassan berkata, semua pemandu bas ekspres itu diperiksa di 30 terminal bas, dan pusat pemeriksaan kenderaan berat dalam operasi bersepadu seluruh negara sepanjang tempoh 6 hingga 19 September.

“Mereka yang ditahan setelah didapati positif menggunakan dadah semasa memandu itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi itu diadakan bagi memastikan pemandu kenderaan berat tidak dipengaruhi dadah sewaktu memandu, terutama pada musim perayaan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya membabitkan pengangkutan awam.

Solah berkata, sejumlah 2,808 bas ekspres membabitkan 257 syarikat diperiksa brek, dan tayar di bengkel serta terminal bagi memastikan kenderaan awam terbabit selamat digunakan ketika membawa penumpang pulang berhari raya.

“Selain itu, kita juga mengeluarkan 6,166 saman terhadap pemandu kenderaan, termasuk 352 pemandu bas ekspres kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang tempoh operasi berkenaan,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive