Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 29, 2009

Nasib Muallaf Peminta Sedekah | Nizar News



Ketika memasuki kereta berdekatan TM Sungai Petani,datang seorang peminta sedekah bertongkat menghampiri untuk meminta belas kasihan menghulur sumbangan.Mengikut ceritanya dia seorang muallaf dan menghidapi penyakit kencing manis.Peritnya melihat dia berjalan dengan sebelah kaki yang luka terkulai.Keluarganya yang berbangsa cina juga telah memutuskan hubungan kekeluargaan semenjak dia memeluk Islam pada tahun 2007.Abangnya pernah ingin membantu dengan syarat dia kembali kepada agama asal,namun dia tidak rela meninggalkan Islam.Menurutnya dia lebih rela sengsara di dunia asalkan syurga menantinya di akhirat.



Hidupnya kini sekadar menumpang di masjid-masjid sambil berkelana meminta sedekah di samping mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Begitulah rencah kehidupan di dunia ini.Ada yang kaya bertambah kaya sementara yang susah bertambah susah.Nasib setiap manusia berbeza.Sementara kita masih diberi sedikit rezeki bersyukurlah kepadaNya.

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive