Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 27, 2009

BN KINI BAGAIKAN LANGAU | Nizar News




Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

KONSEP ikatan dalam Barisan Nasional di antara semua kaum; Melayu, Cina, India dan kaum lain di Malaysia, luarannya nampak begitu teguh, kukuh dan kuat sekali kerana Ketua-ketua kaum bagaikan langau atau lalat yang menghurungi bangkai sehingga nampak mereka bersatu teguh, namun sebenarnya kesemua mereka menghadapi masalah dalam parti yang amat serius.

Kepimpinan MCA di peringkat Pusat begitu bercelaru, dikocak dihempas badai politik dan skandal yang bergelombang akibat perebutan kuasa. MCA menghadapi penyakit krisis kepimpinan yang parah, terlalu mencemaskan sekali, terutama skandal rasuah PKFZ yang menjolok mata dan Skandal Seks Timbalan Presiden yang paling memalukan di kalangan ahli MCA sendiri.

MIC pula yang dipimpin Samy Vellu terlalu angkuh kendatipun tidak punya ‘political base’ di kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. Tidak ada satu kawasan pilihanraya pun yang kaum India mempunyai suara majoriti tanpa bersandar dari sokongan pengundi Melayu. Tanpa Barisan Nasional, MIC bukan siapa-siapa malah layak digelar ‘Pariah’ dalam politik Malaysia.

Dalam Barisan Nasional, UMNO menjadi tunggaknya, kerana UMNO mempunyai dasar Ketuanan Melayu, maka MIC yang tidak ada ‘political base’ itu tidak punya kedudukan yang baik. Untuk mendapat kembali sokongan dari akar umbi kaum India, para pemimpin MIC disaran mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional. Satu perkara penting para pemimpin MIC perlu fikirkan bahawa Presidennya, Samy Vellu di mata pemimpin UMNO sudah ‘zero value’ atau bernilai ‘Sifar’ dan senario ini sungguh memalukan.

Di Sabah pula, PBS bukan lagi sebuah parti politik dominan lagi kerana PBS kini sudah berpecah menjadi 3 kumpulan iaitu PBS, UPKO dan PBRS yang mulanya semua bersatu dalam PBS. Dalam PBS sekarang pun sudah ada tanda-tanda perpecahan.

PBS sekarang ini pengaruhnya cuma bergantung kepada ketokohan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, namun berapa lamakah lagi Pairin Kitingan boleh bertahan, apatah lagi kini semakin uzur kerana menderita penyakit misteri yang hanya keluarganya yang tahu. Timbalannya, Datuk Dr.Maximus Ongkili masih berjalan di dalam bayang politik Pairin dan gagal menunjukkan ketokohan di Sabah sekalipun berjawatan menteri di peringkat Pusat. Maximus sering digelar sebagai ‘tukang gilap kasut Najib’.

UMNO Sabah juga sudah berada di penghujung jalan kerana semua bangkai balak dan projek sudah hampir habis kini mula mencari bangkai arang batu dan gas, apatah lagi Skandal 81 Dalil Musa Aman dan Skandal $16 Juta Singapura di Hong Kong telah memadam rekod 'no case to answer' Peguam Negara Malaysia.

Senario ini menunjukkan bahawa nasib dan masa hadapan UMNO di Malaysia hanya bergantung kepada dahan rapuh Barisan Nasional yang sudah mula dimamah anai-anai politik dan menunggu masa untuk mereput dan patah sendiri kerana tergelincirnya keyakinan rakyat akibat beberapa isu utama yang gagal ditangani dengan baik oleh BN yang masing ditunggangi pemimpin UMNO.

Di mana sahaja kawasan pilihan raya yang UMNO mempunyai kekuatan 60% pengundi Islam, maka kawasan tersebut kini sudah menjadi kawasan yang tidak selamat lagi bagi UMNO dalam PRU-13 lantaran sayap kanan dan kirinya sudah tidak berfungsi lagi. Mana tidaknya, sokongan akar umbi sudah hancur musnah dan punah ranah.

Di peringkat akar umbi MCA, MIC, Gerakan dan PPP, konsep Barisan Nasional sudah mula dipertikaikan. Mereka pertikaikan Ketuanan Melayu, hak orang Islam dan Bumiputera dalam BN masih ada lagi jurang perbezaan yang jauh. Seolah-olah ahli-ahli MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang bertaraf warganegara Malaysia itu berada di dalam ‘kasta masing-masing’ sekalipun tinggal dalam sebuah negara Malaysia. Pada hal tanpa undi warganegara Malaysia, UMNO tidak dapat menubuhkan Kerajaan Pusat berseorangan.

Dalam BN yang nyata dilihat oleh ahli-ahli akar umbi MCA, MIC, Gerakan dan PPP cuma ketua-ketua kaum sahaja yang bersatu kerana menjaga hak dan keistimewaan masing-masing; sedangkan hakikatnya pengundi akar umbi terus dilamun ilusi janji pilihanraya sahaja dan pemimpin kaum lupa bahawa tanpa jasa para pengundi, mereka hanyalah ‘penganggur terhormat’ di dunia politik.

Dengan senario terkini, ketika ahli-ahli MCA, MIC, Gerakan dan PPP majoriti sudah hilang kepercayaan kepada BN, maka para pemimpin UMNO juga sakit kepala dengan pengundi Melayu yang sudah pecah terbahagi tiga UMNO, PAS dan PKR. Perpecahan pengundi Melayu dalam UMNO akan menguntungkan Pakatan Rakyat kalau di kawasan tersebut calon PKR atau PAS lawan UMNO 'satu lawan satu' tanpa ada sokongan undi pos kepada UMNO, maka kemenangan condong kepada Pakatan Rakyat.

Memandangkan para pemimpin UMNO sudah sedar hakikat ini akan berlaku, maka Dato Seri Mohd. Najib pun sudah mula memainkan peranan, “Demi Islam, Demi Melayu, kita mesti bersatu dalam sebuah Kerajaan Perpaduan.”

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pula,"Cakap sahaja apa-apa syarat pun kami setuju, asalkan Kerajaan Perpaduan segera diwujudkan."

Dalam keadaan ‘nazak’ sekarang, para pemimpin UMNO sewajarnya jangan terlalu ghairah dengan deposit undi pos seramai 5,000 di Dun Bagan Pinang kerana jika BN kalah, ianya ‘satu tamparan jin’ yang maha hebat kepada Najib dan Muhyiddin; jika menang pun rakyat menuding jari kepada kekuatan undi pos yang tidak punya nilai di mata rakyat Malaysia kerana bagi mereka tunggul burukpun boleh menang jika disokong sejumlah 5,000 undi pos!.


sabahkini


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive