Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 21, 2009

Isteri Noordin Mat Top Ke Jakarta Dalam Masa Terdekat | Nizar News

JOHOR BAHARU, 21 Sept (Bernama) -- Isteri Allahyarham Noordin Mohamad Top, pengganas nombor satu Asia yang terbunuh minggu lepas, akan ke Jakarta dalam tempoh terdekat ini untuk menuntut jenazah suaminya dan membawanya pulang ke Malaysia untuk dikebumikan.

Menurut sumber keselamatan, isteri pertama Noordin yang dikenali sebagai Rahmah seorang guru al-Quran di Ulu Tiram, Johor Baharu akan ditemani oleh abang ketua pengganas itu, Yahya ke Jakarta.

"Keluarga Allahyarham Noordin di Malaysia telah pun membuat keputusan dan bersetuju untuk menghantar isteri dan abang beliau ke Jakarta untuk menuntut dan membawa pulang jenazah ke Malaysia.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pontian," menurut sumber yang enggan dikenali itu kepada Bernama pada Isnin.

Menurut sumber itu lagi, beliau menjangkakan tarikh paling awal jenazah Allahyarham boleh dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di Pontian ialah pada 29 Sept ini.

Katanya, agensi-agensi kerajaan Indonesia pada ketika ini sedang bercuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menyebabkan proses penghantaran pulang jenazah Noordin mengambil masa yang agak panjang.

Minggu lepas, Noordin, 41, yang mengetuai kumpulan serpihan Jemaah Islamiyah yang lebih radikal terbunuh dalam operasi yang dilaksanakan oleh pasukan elit anti keganasan Indonesia "Detasmen Khusus 88" di Solo, Jawa Tengah, menamatkan buruan sembilan tahun pihak berkuasa serantau.

Selain Noordin, tiga lagi rakannya turut terbunuh dalam operasi terbabit.

Allahyarham, seorang bekas akauntan dan pensyarah Matematik didakwa sebagai perancang utama siri serangan pengganas di Indonesia termasuk di dua buah hotel mewah di Jakarta, Ritz Carlton dan JW Marriott pada Julai lepas yang mengorbankan sembilan orang termasuk dua yang dikenalpasti sebagai pengebom berani mati.

-- BERNAMA

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive