Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 28, 2009

Siasat siapa hina Sultan - Zambry



KUALA KANGSAR 26 Sept. - Siasatan mengenai siapa sebenarnya yang menghina Sultan dan Raja Muda Perak serta mencerca agama Islam menerusi satu laman blog yang dikaitkan dengan Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook perlu diteruskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas pihak yang dikenal pasti bertanggungjawab menulis artikel biadap itu bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

''Kita bimbang sekiranya tiada tindakan, ia akan menimbulkan rasa marah masyarakat terutama di kalangan orang Melayu dan beragama Islam berikutan ada pihak-pihak tertentu mempertikaikan kedaulatan raja-raja Melayu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Padang Rengas di pekarangan bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas, Lubuk Merbau, dekat sini hari ini.

Siew Fook baru-baru ini mendakwa, beliau bukan penulis sebenar artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah seperti yang tersiar di satu laman blog.

Kata Zambry, pengakuan pemimpin parti pembangkang itu tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh pihak berkuasa untuk menghentikan siasatan mereka.

''Walaupun individu terbabit (Siew Fook) kata bukan dia, mungkin orang lain menggunakan blognya. Apabila tulisan itu keluar sedemikian rupa, menjadi tanggungjawab pihak berkuasa menyiasat untuk diambil tindakan," ujar beliau.

utusanmeloya


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive