Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 21, 2009

Berpesta di Lebuhraya | Nizar News


Keadaan lebuhraya yang sesak sebaik tiba di kawasan Slim River.Pihak polis yang bertugas mengawal pergerakkan trafik di situ terpaksa membenarkan kenderaan untuk menggunakan lorong kecemasan kerana kesesakan yang amat teruk.


Jalan susur keluar di tol Sungkai juga sesak dengan kenderaan.Kenderaan seolah-olah berpesta untuk membayar tol.


Jalan lama dari Sungkai menuju ke Kampar juga turut sesak dengan kenderaan yang keluar dari tol Sungkai.Kenderaan keluar dari lebuhraya dengan tujuan mengelakkan kesesakan di lebuhraya,namun terperangkap sekali lagi di jalan lama.

Perjalanan lebih 12 jam dari KL untuk pulang ke kampung di Kedah memang memenatkan pada hari Sabtu lalu.Namun itulah hakikat yang terpaksa ditempuhi oleh setiap warga perantau setiap kali ingin pulang beraya di kampung.Biasanya perjalanan hanya mengambil masa 5 jam sahaja dari KL ke Kedah.

Lebuhraya PLUS terbukti tidak dapat menampung kehadiran ribuan kenderaan pada satu-satu masa.Fenomena kesesakan ini akan terus dialami oleh rakyat setiap kali musim perayaan walaupun lebuhraya telah dibesarkan.Itulah nikmat kemeriahan sebenar perayaan di Malaysia.Seeloknya pihak PLUS meraikan pesta sesak dilebuhraya ini dengan memberikan tol percuma kepada pengguna yang keletihan ini.

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Lebih baik sesak di jalan lama dari sesak di highway plus.

    Sesak di highway plus, masa terbuang, hati sakit dan tetap kena bayar tol. Pemandu susah, Plus kaya-raya.

    Sesak di jalan lama, masa terbuang, hati sakit dan duit selamat dari bayar tol.

    yang mana satu pilihan anda?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive