Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 25, 2009

Rentung akibat rempuhan maut


CHERAS - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) Cheras dari arah Ampang ke Bukit Jalil lewat malam semalam.

Difahamkan, mangsa maut selepas terperangkap dalam kenderaan yang terbakar sejurus selepas kenderaannya hilang kawalan dan merempuh sebuah lori di laluan hadapan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam di MRR2 Kilometer 36.6 berdekatan dengan Taman Counnoght.

Mangsa yang memandu sebuah van dikatakan hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori yang berhenti di laluan kecemasan akibat tayar pancit.

Akibat rempuhan itu, mangsa tersepit di bahagian kaki dan dada.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, api marak dengan cepat bermula dari bahagian hadapan van.

“Orang ramai yang ada di situ cuba membantu apabila melihat tangan mangsa terkapai-kapai, namun terpaksa menjauhkan diri kerana khuatir letupan akan berlaku dari kenderaan berkenaan,” katanya.

Seramai enam anggota dan satu jentera dari Balai Bomba Cheras yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ghazali Johari tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian selepas menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah malam.

Api berjaya dipadamkan 10 minit kemudian, pihak bomba terpaksa menggunakan pemotong besi untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung sepenuhnya.

Identiti mangsa masih belum dikenali pasti, namun pemilik kenderaan terbabit seorang berbangsa cina berumur 34 tahun dan berasal dari Cheras.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat.

Kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh empat kilometer.



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive