Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 18, 2009

Makcik peragut | Nizar News



ALOR STAR: “Saya tak sedar peragut itu rentap rantai leher anak tapi nasib baik beberapa peniaga di sini ternampak perbuatan wanita terbabit.

“Anak saya pula tak menjerit atau menangis ketika rantai lehernya diragut, mungkin dia tak sedar,” kata Hamidah Ishak, 46, ibu mangsa ragut di pekan Kota Sarang Semut, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Nur Afza Adlina Ibrahim, 3, mengikut ibunya ke pasar pagi itu untuk membeli keperluan harian.

Difahamkan, peragut terbabit yang memakai baju kurung krim berbunga dan bertudung hitam ala mak cik mengekori mangsa sejak mereka tiba di pasar berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Hamidah yang tinggal di Kampung Alor Nibong, dekat ini, berkata sebaik sampai di pasar itu, dia terus mencari barangan keperluan harian sambil memimpin tangan Nur Afza.

“Tiba-tiba seorang peniaga lelaki di pasar itu menjerit beritahu ada seorang wanita meragut rantai leher anak saya.

“Dia dan beberapa peniaga lain mengejar wanita itu dan menahannya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star di sini, semalam.

Hamidah berkata, peniaga berkenaan memaklumkan kepadanya wanita terbabit cuba meragut rantai leher anaknya sebanyak dua kali selepas cubaan pertama gagal.

“Apabila melihat keadaan wanita itu dalam keadaan mencurigakan, beberapa peniaga pasar pagi itu memerhatikan gerak-gerinya. Bila lihat dia meragut rantai leher anak saya, mereka mengejar sebelum menahannya.

“Peniaga terbabit memberitahu, wanita itu terus mengekori kami selepas kali pertama cubaannya gagal dan dia berjaya pada cubaan kali kedua.

“Bagaimanapun, ketika beberapa peniaga menahannya, wanita itu membuang rantai anak saya di celah meja peniaga bagi mengelak ditahan,” katanya.

Hamidah berkata, dia bersyukur kerana anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Nasib baik leher Nur Afza tidak luka, kalau tidak saya tidak tahu nasib yang menimpanya. Saya tidak sangka perwatakan wanita itu yang memakai tudung dan berbaju kurung rupanya ada niat tak baik,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kota Star, Deputi Superintendan Mohd Fiesal Libertus Abdullah, berkata polis menahan seorang wanita berusia 45 tahun yang juga peniaga di pasar berkenaan kerana disyaki meragut rantai leher kanak-kanak terbabit.

“Wanita terbabit ditahan untuk membantu siasatan kerana sebelum ini pernah ada laporan dia menjalankan aktiviti meragut di kawasan berkenaan.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 39 (2) dan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah kerana merompak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


hmetro



Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Cuba semak, Peragut ni Wanita UMNO cawangan mana?
    kah kah kah kah

    Apa sebab jadi lagu tu, Ketua Bahagian tak nak sign borang subur ka?? kah kah kah kah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive