Jumaat, November 20, 2009
Penduduk Degil Enggan Pindah | Nizar News
Tanah Runtuh Dekat Tmn Cheras Awana:
KUALA LUMPUR: Walaupun berlaku kejadian tanah runtuh kali kedua berhampiran rumah pangsa Taman Cheras Awana, dekat Kajang awal pagi semalam, penduduk tetap tidak mahu meninggalkan rumah mereka meskipun diarah pihak berkuasa berbuat demikian.
Rata-rata penduduk berpendapat, kejadian tanah runtuh yang berlaku di lereng bersebelahan bangunan kediaman itu pada pukul 3 petang kelmarin sehingga menimbuskan tiga kereta dan sebuah motosikal, tidak membahayakan.
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati rata-rata penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan tidak ada satu keluargapun yang meninggalkan kawasan itu.
Semalam, seramai 50 orang daripada 10 keluarga dari Rumah Pangsa itu diarah berpindah serta merta selepas kejadian tanah runtuh itu dengan menempatkan mereka di balai raya berhampiran dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan bantuan kepada mereka.
Seorang penduduk rumah pangsa itu, Rashitah Kamarudin, 56, berkata beliau enggan berpindah ke tempat yang disediakan kerana berpendapat tanah runtuh itu tidak akan menimpa rumahnya biarpun kediamannya itu berhadapan dengan lereng bukit yang runtuh.
"Saya tinggal bersama suami dan seorang anak...sudah biasa mengalami tragedi sebegini, saya tengok ia tak bahaya walaupun apa yang berlaku semalam paling teruk berbanding kejadian pertama kali tahun lepas," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah pangsa itu.
Beliau yang menetap di situ sudah lebih 15 tahun meminta MPKj membina tembok yang lebih kukuh di lerang bukit itu bagi menjamin keselamatan penghuni di rumah pangsa itu.
Rashitah yang mempunyai perniagaan bas sekolah itu berkata, tembok di lereng bukit itu dibina selepas kawasan lereng yang berhutan itu terbakar pada tahun lepas dan MPKJ telah membina tembok itu sejak tiga bulan lepas.
Seorang pemandu yang telah menetap selama sembilan tahun di situ, Anthony Raj, 40, berkata beliau juga tidak akan meninggalkan rumah yang dibelinya itu kerana tinggal di rumah sendiri lebih selesa daripada tempat yang disediakan pihak berkuasa.
"Ini rumah saya sendiri, saya takkan pindah... sebelum ini pihak berkuasa menjanjikan membina tembok yang kukuh dan tahan selama 15 tahun, tetapi ia sudah beberapa kali runtuh dalam tahun ini terutama setiap kali hujan lebat sehingga kadangkala air boleh memasuki kawasan rumah," katanya yang tinggal di situ bersama isteri dan empat anak.
Anthony berkata, MPKJ ada memantau keadaan tanah runtuh itu pagi tadi.
"Saya nampak mereka (MPKJ) meninjau keadaan cerun tetapi tidak berbuat apaapa," katanya yang mengambil cuti sehari kerana kejadian tanah runtuh itu.
Tinjauan Bernama juga mendapati lereng yang runtuh di kawasan terbabit ditutupi kanvas plastik agar dapat mengurangkan pergerakan tanah ketika hujan dan jalan untuk melalui kawasan itu telah ditutup kepada semua lalu lintas.
Beberapa anggota polis kelihatan berada di kawasan itu sementara kerja pembersihan tanah belum dijalankan walaupun selepas 24 jam kejadian berlaku.BERNAMA
mstar
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
November
(242)
- Exco nafi arak dijual secara terbuka di Kedah- Lim...
- Ku Li : Bakal Realisasikan idea 16 Sept..
- Suami isteri maut,polis cedera parah
- Nasib baik Selangor Dah Haramkan
- Pemuda BN demo, bakar foto Guan Eng
- Kenyataan Media Zuraidah MP Ampang
- Najib musykil doa bala Nik Aziz
- BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata
- Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada...
- Pemimpin Umno-BN Pamer Sikap Kebudakkan Selangor H...
- MB nafi k'jaan negeri tahu dokumen dibocorkan
- Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz
- Wanita mualaf dirogol
- Skuad Kenari musim 2007-2008 dapat tanah
- Perhatian untuk nama bermula dengan huruf M
- Kerana kroni, tiga projek di Port Dickson terbengk...
- Rakyat Kedah rasai sendiri perubahan PAS berbandin...
- Bukan Islam amat percaya Nik Aziz
- Muhyiddin amal politik primitif: Mahfuz
- Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?
- Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan d...
- Aidiladha Tanda Pengorbanan Kepada Agama, Diri Dan...
- Borang 2 Tidak Dihapus,Pas Tetap Gesa Undi Pos DiM...
- BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS
- Biro Tata Negara Hanyalah Propaganda Busuk BN
- Bukti media arus perdana diperguna Umno-Barisan
- Apakah itu ‘Ibadat Korban - Haji’.
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Jangan Sokong EGM Sabtu Ini - Wong Foon Meng
- Seputih mana YB Kota Seputeh?
- Minyak RON95 rosakkan enjin?
- Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai kr...
- Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala - Peguam
- NSTP Diperintah Bayar RM100,000 Kepada DSAI
- Bubar SPRM Dan Wujudkan Organisasi Anti Rasuah Bar...
- Anak cekup ibu khalwat
- Pakatan tidak harus syok sendiri
- Pendedahan yang ditakuti BN
- Adik gua kena beli serbuk kari
- Kes Akhil Hayy Dengan JAIS Dah Tiga Tahun Tak Selesai
- NST: Tolong Takutkan Tuhan
- Apakah kesudahan Kota Siputeh?
- Lelaki rakam gadis mandi kena cekup bapa
- Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz
- Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Sokong Keputusan Mahka...
- Apa itu ALZA
- Saiful Nafi Ditawar RM5 Juta
- Sidang DUN Kedah kecoh
- Permohonan Penolakan Pertuduhan Kes Liwat II Ketua...
- PM Lulus Lesen Judi, Ustaz-ustaz Umno Sunyi Sepi ??
- SPR gagal halang Pilihanraya Kota Siputeh
- Jangan takbur di Tanah Suci
- Nik Aziz Membuatkan Umno Gelabah
- Macamana SPRM nak jadi macam FBI
- Dilema politik Kedah
- Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan
- Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Di Pantai Mer...
- ADUN Sungai Puyu nafi kosongkan kerusi, tinggal DAP
- Bedah Siasat Teoh Beng Hock Selesai
- PAS sukar di Kota Siputeh
- UMNO DAN SERIGALA
- Nasib 427 ekoq lembu korban BN lebih baik
- Lawak Ahad: Kelate vs N.Sembilan
- Sidang DUN N.Sembilan kecoh
- Dua saudara jumpa ikan berkepala buaya
- Bedah Siasat Rungkai Misteri Kematian Teoh Beng Ho...
- Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia
- Santokh Singh Kini Koma Di HKL | Nizar News
- Muhyidin dan 9 yang lain disaman RM105 juta | Niza...
- Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal se...
- Kubur Teoh Beng Hock Digali Hari Ini
- Lagi Ahli Umno DiTahan Kerana Rasuah | Nizar News
- Siswa disiasat kes kepala babi di surau | Nizar News
- Mangsa doktor potong | Nizar News
- Skandal PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli...
- Wajib Baca : Perbezaan PAS dan UMNO | Nizar News
- Penduduk Degil Enggan Pindah | Nizar News
- Mengenali ibadah korban | Nizar News
- Anwar Beri Jaminan Urusan Ambil Alih Hutang Talam ...
- SPR bertindak di luar bidang kuasa - Hanipa Maidin...
- SPR dicadang diletak bawah parlimen | Nizar News
- Bahaya guna telefon bimbit tanpa pengesahan | Niza...
- Nazri Aziz jumpa Nik Aziz | Nizar News
- Tukar Suka Sama Suka | Nizar News
- Cuci motor dan cuci mata | Nizar News
- MB Selangor Dedah Laporan Kejadian Tanah Runtuh Bu...
- Bala: Kerajaan Tahu Saya Di mana | Nizar News
- Polis disyaki cuba pecah rumah diberkas | Nizar News
- Tanah runtuh di Cheras KL | Nizar News
- Rumah Peguam Sasaran Serangan Bom | Nizar News
- Karpal sahut cabaran dakwa Lingam jika A-G benarka...
- Indeks rasuah merudum: Ahmad Said didesak letak ja...
- Rasul dalam facebook pulak dah | Nizar News
- Makcik peragut | Nizar News
- Pemuda UMNO Salah Teropong | Nizar News
- Kalau Betul Saya Pun Hendak Saham Itu | Nizar News
- Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong |...
- Usah sembunyi kes suami perkosa anak | Nizar News
- Diatas Kecuaian BN, PKNS Kerugian RM48 juta Dan Ba...
- TIM Puji Kepimpinan Khalid | Nizar News
-
▼
November
(242)