Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 13, 2010

Apabila bantuan sekolah dipotong…



Seorang guru besar memberi tahu bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas, sehingga pelbagai kegiatan terpaksa ditampung oleh pihak sekolah sendiri.

Kesannya ialah aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.

Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan, seperti dulu-dulu, juga telah ditarik balik. Ini sudah tentu membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta yang sudah pasti terpaksa mengeluarkan wang poket.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula dengan ibu bapa yang pendapatannya hanya cukup untuk makan dan keperluan harian sahaja? Maka, tidak dapatlah pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang kemampuan mendapatkan ilmu tambahan. Khususnya mereka yang berada di luar bandar.

Sudahlah baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman mengenai kenaikan harga gula, sekarang pula telah mengurangkan bantuan tahunan ke seluruh sekolah-sekolah. Oleh kerana kurangnya bantuan tersebut, pihak sekolah juga telah memaklumkan mengenai kenaikan yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para ibu bapa.

Bagaimana pula dengan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di perkampungan dan juga di luar bandar yang rata-rata dari ibu bapa mereka berada miskin dan kurang berkemampuan, adakah sekolah ini juga senasib dengan sekolah di bandar-bandar yang telah dipotong bantuan tahunan? Bagaimana dengan sekolah tersebut ingin mengadakan persekolahan tambahan atau tuisyen-tuisyen tambahan, dengan mempunyai kekurangan dana?

Saya yakin, kutipan PIBG dari pihak ibu bapa pelajar di luar-luar bandar amat sedikit dan tidak mencukupi untuk membantu sekolah.

Ramai juga ibu yang merungut terhadap kenaikan yuran PIBG. Rata-ratanya mula menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak persekolahan. Ramai yang mula menuding jari kepada kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan kewangan sehingga terpaksa memotong bantuan persekolahan. Apakah, kerajaan telah kekurangan duit atau mahu menumpukan projek-projek yang besar?

Sepatutnya kerajaan harus menolak atau membatalkan untuk memberikan subsidi kepada gula tetapi berikan subsidi itu kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah baik sekolah rendah mahupun menengah. Wujudkan persekolahan percuma dengan seluruh bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya yakin, jumlah yang diperlukan tidak sampai pun jumlah yang sama kerajaan berikan untuk subsidi gula. Bukannya gula itu mendatangkan kebaikan, malah lebih banyak keburukan dan lebih bahayanya gula berbanding dengan kepentingan pelajaran. Tapi kenapa kerajaan lebih pentingkan gula dari pelajaran?

Jika permasalahan pelajaran, iaitu pelaburan masa depan negara yang paling penting pun tidak boleh diselesaikan apa lagi disokong oleh kerajaan BN yang memerintah ini, maka tidak usahlah lagi bercakap soal modal insan, generasi ulul albab dan sebagainya!

sidangonline


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. masalah bantuan sekolah amatlah dirasakan oleh setiap ibubapa yang mempunyai anak maasih dibangku sekolah ada dikalangan ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah melebihi dari seorang, bayangkan berapa ratus atau ribu yang diperlukan untuk membayar segala jenis yuran yang dikenakan oleh pihak sekolah. Apa yang paling mengejutkan lagi ialah apabila bantuan kapda sekolah sekolah berasrama penuh turut dipotong bayaran makan oleh pihak kementerian pelajaran.kalau tahun tahun terdahulu setiap Sekolah berasrama penuh(SBP)akan diuntukkan peruntukkan sebanyak 250 hari dalam setahun tetapi tahun 2010 hanya diuntukkan sebanyak 200 hari sahaja ini menyebabkan semua pelajar tidak dapat dibekalkan dengan makanan pada hari minggu dan cuti am.Oleh sebab pelajar tidak diuntukkan makanan pada hari tersebut,maka ibubapa perlulah mengambil anak anak mereka pada hari tersebut kali tidak mereka perlulah membayar sebanyak RM12.00 sehari.Dasar ini telah terkeluar dari konsep SBP yang mana semua pelajar wajib tinggal diasrama sekolah berkenaan dan hanaya dibenarkan pulang sekali atau dua kali sebulan.Cuba bayangkan seorang pelajar yang tinggal di Terangganu dan belajar disekolah Berasrama Penuh di Kedah terpaksa berulang alih setiap minggu,masalah kewangan, kesihatan,keselamatan pelajar apakah tidak perlu difikirkan????.Apakah Kementerian sudah menilai masalah seseorang pelajar itu dimanakah suara merdu yang didendangkan oleh "penyanyi" kementerian berkenaan dengan kecermelangan pelajar,apakah tidak berlakunya "home sick" pelajar itu bila setiap minggu balik mempengaruhi pelajaran pelajar berkenaan.Renunglah wahai manusia yang dimanakan 'BERKUASA DALAM MEMBUAT DASAR INI" Terima kasih.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive