Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 11, 2010

Bubarkan DUN Perak,Bangunkan ekonomi rakyat


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain
menegaskan bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis perundangan
di Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)."

Beliau membidas kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang
berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri
itu memberi fokus untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri, akan
tetapi Umno BN dalang sebenarnya yang mencipta krisis di Perak dengan
agenda rampasan kuasa secara haram yang dilakukan mereka

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, Pakatan Rakyat Perak sudah lama
mahu menyelesaikan krisis di negeri itu supaya negeri terus membangun
dan menarik pelabur asing dengan mencadangkan pembubaran Dun .

Menurut beliau Zambry sendiri tidak menunjukkan keikhlasan untuk
menyelesaikan kemelut yang melanda, yang berpunca Dari Umno BN
sendiri.

"Saya menggesa Datuk Seri Zambry kalau beliau benar-benar ikhlas mahu
melihat Perak kembali cemerlang dalam urusan pentadbirannya dan
rakyatnya hidup dalam keadaan harmorni serta menarik pelabur asing
datang tanpa ragu-ragu datang ke Perak maka jalan terbaik adalah DUN
Perak perlu dibubarkan” tegas dalam ucapan beliau.

"Kami Pakatan Rakyat sudah tentu kami menyambut baik sebarang tindakan
untuk selesaikan krisis Perak dengan dibubarkan DUN kerana itulah yang
paling adil dan memberikan hak kepada rakyat untuk membuat
pilihan.Kalau tak dibubarkan DUN,krisis tidak akan selesai," katanya.


Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyifatkan harapan Datuk Seri Dr.
Zambry Abdul Kadir untuk melihat krisis di Perak selesai hanyalah
kenyataan retorik semata-mata dan ianya hanya lakonan pembohongan
semata-mata..

Sebenarnya, kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir Perak itu
mempamerkan kebimbangannya kerana menyedari sebenarnya rakyat dan
undang-undang tidak menyebelahinya, dan sepatutnya Umno/BN perlu buat
persiapan untuk pembubaran DUN Perak yang dijangka tidak lama lagi
akan berlaku.

"Beliau juga menegaskan supaya Umno/BN jangan cuba lari dari kenyataan
bahawa rakyat mengetahui kezaliman yang dilakukan mereka serta
undang-undang tidak menybelahi mereka dalam krisis perundangan negeri
Perak ini” katanya

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, para pelabursemestinya mahukan
satu keyakinan dan kestabilan politik dan ekonomi di Perak ini. Selagi
perkara ini tak terjamin mereka tidak akan datang., dan hakikatnya apa
yang sedang berlaku di Perak ini sebenarnya tidak memberikan ruang
untuk percambahan aktiviti ekonomi ini kerana pelabur tidak yakin
untuk melabur dengan keadaan yang tidak stabil di Negeri Perak ini.

utaraonline

SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive