Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Januari 14, 2010

MANGSA LANUN AKAN FAIL SAMAN RM1BILION?



Oleh: MUTALIB M.D

MANGSA serangan lanun di Semporna pada 1995, Sawahirol @ Mohammad Sanarol, 61, akan memfailkan saman menuntut gantirugi tauladan, kesengsaraan, pampasan dan saraan sejumlah RM1 bilion kerana Kerajaan Persekutuan gagal memastikan keselamatan negara sehingga beliau diserang enam orang lanun ketika memandu teksi berdekatan di Bulatan Hospital, Semporna.

“Ketika tiba di Bulatan Hospital, enam orang lanun bersenjata menahan teksi saya. Saya tidak berhenti lalu mereka menembak bertubi-tubi sehingga saya terpaksa membongkok dan terkena beberapa peluru yang menembusi pipi, leher dan tepi kepala saya sehingga terlanggar tiang elektrik,” ujar Sawahirol yang hampir pasrah kepada takdir kerana memikirkan berada di hujung nyawa.

Menurut Sawahirol, enam lanun berseluar celoreng dan berbaju T biasa memakai ikat kepala berwarna merah dipercayai merupakan kumpulan serpihan yang telah mengebom balai polis berdekatan padang Semporna sebelum berpecah kerana ingin melakukan serangan yang lebih nekad.

“Saya terpaksa berjalan kaki ke Hospital Semporna dalam keadaan berlumuran darah dan hampir pitam untuk mendapatkan rawatan, tetapi saya tidak diberikan sebarang rawatan. Ketika sedang menahan kesakitan beberapa orang lanun telah menembak secara rambang ke arah Hospital Semporna menyebabkan keadaan menjadi panik,” ujar Sawahirol dalam separa sedar dimasukkan ke dalam ambulan bersama dengan seorang lelaki yang cedera parah terkena tembakan lanun di hospital tersebut.

Tegas Sawahirol, beliau terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat kerana darah terus membuak-buak keluar deripada leher, kepala dan pipinya yang langsung tidak pernah diberikan rawatan untuk menghentikan pendarahan.

Nasib Sawahirol bertambah malang kerana ambulan yang dipandu terlalu laju terlibat dengan kemalangan di Batu 15, Jalan Tawau sehingga pemandu dan jururawat yang mengiringi cedera parah dan Sawahirol.

Ketika tiba di Hospital Tawau, Sawahirol lambat menerima rawatan sekalipun hampir kehabisan darah kerana pendarahan di leher dan pipi amat serius sehinggalah ditegur saudara maranya setelah mereka melihat Sawahirol dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kelewatan menerima rawatan menyebabkan Sawahirol koma selama lima hari kerana kehilangan darah yang banyak dan tidak dapat melawat kesakitan akibat luka parah di muka dan lehernya.

“Saya tidak sedar langsung ketika Datuk Mohd Ali Rustam (kini Ketua Menteri Melaka) dan Tun Sakaran melawat saya di Hospital,” ujar Sawahirol yang hanya mengetahui berita tersebut daripada saudara maranya setelah sedar daripada koma.

Sehubungan itu, Sawahirol yang kini hilang upaya akan memfailkan saman sejumlah RM1 Bilion di atas kecuaian Kerajaan Persekutuan memastikan keselamatan awam terjamin dan gagal memberikan rawatan terbaik kepadanya sehingga menyebabkan beliau menderita sepanjang hayat.

“Bagaimana saya mahu menyara kehidupan anak saya seramai 10 orang sedangkan saya tidak mampu lagi menyara kehidupan kerana tangan kanan saya lumpuh,” kata Sawahirol yang mengakui masih trauma apabila mendengar bunyi letupan mercun atau tembakan.

Sawahirol yang mempunyai isteri dua terpaksa bergantung harap kepada saudara maranya untuk menyara kehidupan anak beranak di samping bantuan beberapa orang anaknya yang melakukan pelbagai pekerjaan.

“Saya kesal kerana anak saya tidak dapat melanjutkan persekolahan disebabkan saya kehilangan pendapatan bulanan daripada teksi antara RM1,500 hingga RM3,000. Kini dengan hanya RM200 daripada sumbangan anak-anak bagaimana mahu meneruskan kehidupan,” ujar Sawahirol yang seolah-olah dilupakan oleh Wakil Rakyat walaupun tidak pernah lupa mengundi Barisan Nasional sekalipun ketika menderita kesakitan akibat tembakan lanun.

Sawahirol menjelaskan beliau tidak pernah menerima walau satu sen dalam bentuk sebarang bantuan daripada Kerajaan sejak hilang upaya, namun mengakui baru memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan, namun belum diluluskan.

sabahkini


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. cuba check dengan jkkk...mesti wat hal.biasanya sangkut tang tu lah.satu mlaaysia inilah yang dikatakan rakyat dimampos kan

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive