Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 17, 2010

Masjid di Sarawak dibaling botol

Jan 16, 10 Sebuah masjid di Sarawak dibaling botol - yang pertama menjadi sasaran ekoran serangan ke atas 11 gereja sejak minggu lalu - berhubung isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

Insiden pagi ini berlaku di Kota Samarahan, kira-kira 20km di selatan bandar Kuching.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar memberitahu Reuters bahawa polis menemui pecahan kaca dekat dinding luar masjid tersebut, sambil mengingatkan mereka yang melakukannya sebagai jangan sengaja menaikkan emosi.

"Jangan buat sebarang spekulasi. kami sedang menyiasat insiden tersebut. Situasi adalah aman dan jangan ada yang ambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu yang buruk," kata Ismail.

Ismail tidak dapat mengesahkan sama ada yang dibaling ke masjid tersebut adalah botol minuman keras, yang haram dalam Islam, tetapi berkata beliau percaya ianya adalah perbuatan vandalisme.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya, menyebabkan umat Islam mengadakan protes di luar masjid membantahnya sejak minggu lalu.

Kebanyakan sasarannya ialah gereja tetapi sebuah kuil Sikh di Sentul turut dibaling batu Rabu lalu.

Manakala pejabat peguam yang mewakili Herald dalam kes mahkamah tersebut, turut diceroboh Khamis lalu.

malaysiakini


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive