Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Januari 14, 2010

MB Kedah selar kerajaan Pusat

Ali Hashim


ALOR SETAR, 14 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang bersikap tidak adil dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen terutamanya kepada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut beliau lagi tindakan Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP), tanpa memberikannya terus kepada Ahli Parlimen PR membuktikan bahawa mereka seolah-olah menafikan hak rakyat yang telah memberi mandat dan sokongan serta kepercayaan kepada Ahli Parlimen PR untuk menjadi wakil mereka.

"Demi untuk kebaikan rakyat maka Kerajaan Pusat sepatutnya menyalurkan peruntukan tersebut secara terus kepada jabatan di peringkat negeri. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik kepada rayat apabila jabatan yang menerimanya di peringkat negeri mempunyai maklumat terperinci mengenai keperluan sebenar rakyat dalam daerah-daerah tertentu," kata Azizan.

Kata Azizan, sepatutnya Kerajaan Pusat tidak mengamalkan sikap prasangka dan mengenepikan kepentingan rakyat hanya kerana ideologi politik yang berbeza.

Sebagai sebuah Kerajaan yang memerintah Pusat maka mereka harus lebih telus dan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat dengan mengenepikan fahaman politik yang berbeza ini, katanya.

Menurutnya, ini bukanlah satu masalah baru.

Perkara ini telah sekian lama dibangkitkan oleh ahli Parlimen PR tetapi ia tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat walaupun telah diuar-uarkan supaya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat terlebih dahulu daripada kepentingan lain walalupun berlainan fahaman politik, katanya lagi.

harakahdaily



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Rakyat Kedah yang bengang!!!!Kerajaan Persekutuan adalah sebuah kerajaan yang kaya raya dan boleh dijadikan tempat kita berteduh. Bukan sebaliknya diganyang dan dipandang dengan jijik sehingga memberikan peluang kepada parti bukan dari Kerajaan Persekutuan yang memerintah negeri tersebut!!!!Semenjak 52 tahun lalu kerajaan Persekutuan yang dipegang oleh BN telah membukti ianya mampu membela nasib rakyat. Negara membangun dengan baik sama ada dari segi rohani maupun kebendaan. Kenapa mesti kita lawan dan dalam masa yang sama kita mengharapkan bantuan kewangan dari kerajaan Persekutuan????
    Sample cerita, orang macam ni memang seharusnya jangan dibantu. Cari rezeki sendiri. Tidak timbul soal telus atau melaus atau mulus. Soalnya rakyat Kedah yang menyokong Pembangkang tidak tahu berterimakasih dan hanya tahu meminta bantuman tanpa sedar selama ini mereka memandang jijik kepada UMNO!!!!!

    BalasPadam
  2. Bunga raya menulis ikut hawa nafsu amarah tanpa memikirkan yang kekelahan UMNO di negeri kedah adalah satu ketentuan Allah.Sesungguh Allah Taala berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu.Muhasabahlah banyak-banyak dari cari kesilapan sendiri jangan menyalah rakyat negeri Kedah.Sikap sombong,dengki,hipokrit,summah dan jahil yang menyebadkan UMNO kalah.Terimala dengan hati yang terbuka selama ini pas kalah selama 50 tahun tapi mereka boleh bersabar dan redha.Allah Taala memberi kemenangn kepada PAS tapi sekiranya Pas tidak menunaikan tanggujawab kepada rakyat terimalah balasanya.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive