Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 12, 2010

Semua mesti hormati kebebasan agama: Anwar


PETALING JAYA - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO sewajarnya dipersalahkan berikutan daripada beberapa kes serangan gereja bermula kelmarin.

Menurutnya, propaganda UMNO hanya berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah.

“Retorik media milik UMNO yang dikongkong kerajaan, juga mengapi-apikan keadaan.

“Provokasi mereka (BN) bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka,” katanya ketika ditemui sebelum menghadiri perbincangan mengenai isu serangan gereja di The Luther Centre, semalam.

Hadir sama dalam perbincangan petang semalam, penganjur selaku pengerusi majlis, Paderi Gereja Luther Malaysia Singapura, Philip Lok, Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Datuk Dr Jeffry Kitingan, Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Chua Jui Meng dan Datuk Mohd Zaid Ibrahim serta wakil-wakil gereja.

Anwar berkata, umat Islam perlu menghormati rumah beribadat penganut Kristian dan polis tidak perlu teragak-agak memberi jaminan keselamatan kepada gereja seluruh negara.

“Rakyat mestilah bersatu padu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan isu agama yang menyemarakkan kebencian.

“Kita mestilah tekad mempertahankan kebebasan beragama dan tidak memperbesar-besarkan politik berpuak-puak.

“Kejadian ini adalah satu ujian terhadap semua agama dan kepercayaan yang menginginkan keamanan dan rasa saling hormat-menghormati,” katanya.

Anwar berkata, beliau menyeru supaya rakyat akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut-penganut agama lain untuk menjaga hal ehwal agama mereka.

“Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecahbelahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya berkata, salah satu daripada agenda bersama Pakatan Rakyat tempoh hari adalah mengadakan perbincangan secara aman.

“Kita dapat menyelesaikan masalah ini sekiranya kita berdiskusi dengan aman tanpa bergaduh dan bertelingkah sesama sendiri,” katanya.

sinarharian


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive