Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 22, 2010

Maksiat Atas Jejantas


PAKAIAN dalam wanita ditinggalkan bersepah di atas jejantas di Mersing, semalam.

MERSING 20 Sept. - Penduduk di daerah ini runsing dengan gejala maksiat yang semakin berleluasa hingga terdapat pasangan remaja sanggup menjadikan sebuah jejantas di sini sebagai sarang melakukan kegiatan tidak bermoral dan seks bebas.

Baru-baru ini, pihak penguat kuasa Majlis Daerah Mersing (MDM) mengesan satu sudut di atas jejantas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing dijadikan lokasi kegiatan negatif itu.

Anggota penguat kuasa MDM yang membuat pemantauan telah menjumpai pakaian dalam wanita yang ditinggalkan di atas jejantas tersebut dipercayai tidak sempat dipakai kerana tergesa-gesa untuk melarikan diri.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk berpendapat, masalah itu berlaku kerana terdapat dua kain rentang atas jejantas tersebut yang menutupi pandangan orang ramai seterusnya memberi peluang kepada mereka yang tidak bermoral untuk melakukan maksiat.

Selain itu, lokasi berkenaan didapati amat terlindung daripada pandangan umum dan sebab itu ia strategik bagi pasangan yang melakukan maksiat.

Penduduk memberitahu, mereka tidak perasaan dan mengetahui gejala itu berlaku di lokasi tersebut kerana memang menjadi kebiasaan kenderaan memberhentikan kereta di bawah jejantas berkenaan untuk berehat.

Pengerusi Persatuan Anggota Wanita dan Suri Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Mersing, Datin Khalizah Kahar memberitahu, perbuatan tidak bermoral dan memalukan tersebut sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi di tempat awam begitu.

"Saya berasa sedih dan terkejut dengan sikap remaja sekarang yang terlalu berani melakukan maksiat tanpa segan dan takut akan kesan yang mereka terima, malah tidak takut kepada ibu bapa dan Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan remaja terbabit agar berhenti melakukan perbuatan berkenaan dan menjaga moral serta adab kerana mereka adalah pelapis negara pada masa depan.

Sementara itu, seorang penduduk, Rosnani Bustani, 39, berkata, dia kesal dengan kejadian tersebut dan berharap ia tidak akan berlaku lagi.

"Sudah tentu perkara itu dilakukan oleh golongan muda yang tiada hubungan yang sah dan tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku kepada mereka,'' katanya.

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive