Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 29, 2010

UMNO Kehilangan Akal


Kepala hotak UMNO memang bercelaru. Kecelaruan itu diakibatkan oleh idealisme yang mereka sendiri buat. Antaranya ialah slogan "Hidup Melayu" dan konsep 1Malaysia. Slogan pertama itu mengesahkan bahawa UMNO berjuang hanya untuk orang Melayu. Oleh sebab itu, sahlah UMNO itu parti perkauman. Hal ini disahkan lagi oleh tindak-tanduk mereka yang suka menghina kaum Cina dan kaum India.

Orang Cina dicop sebagai pendatang oleh Ahmad Ismail. Orang Cina dicop sebagai kaum suka jual tubuh oleh Nasir Safar. Orang India dicop sebagai pengemis oleh Nasir Safar. Kini, Biro Tata Negara (BTN) mengecop orang Cina dan India sebagai Si Sepet dan Si Botol. Tidak ada sesiapa pun di Malaysia akan mengatakan UMNO tidak rasis apabila cop-cop ini ditujukan khas kepada kedua-dua kaum itu.

Jika demikian keadaannya, sahlah bahawa konsep 1Malaysia tidak membawa makna apa-apa. Konsep itu hanya retorik politik untuk mengabui mata rakyat. Kononnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Apabila mereka kata lain tetapi buat lain, kena hentamlah. Apabila dihentam mereka melenting. Lentingan itu menyebabkan mereka hilang akal.

Dalam keadaan hilang akal itu, mereka dicabar supaya menyatakan pendirian tentang "Malaysian First, Malay Second". Bertempiklah juak-juak UMNO mengatakan mereka tidak rela tukar slogan. Kalau tukar masuk perangkap pembangkang. Memang mereka hilang akal. Dengan berbuat demikian, sudah terang lagi bersuluhlah sikap perkauman mereka. Anehnya, mereka mengambil keputusan menjauhkan diri daripada PERKASA kerana takut kehilangan sokongan kaum Cina dan India apabila NGO itu terlalu lantang memperjuangkan hak Melayu kononnya. Pada hakikatnya, tiada siapa pun yang berani menghapuskan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Mengapa UMNO bersikap terlalu aneh sekarang ini? Mereka telah kehilangan sokongan orang Melayu. Mahathir kata orang Melayu berpecah tiga. Satu pertiga dalam UMNO. Satu pertiga dalam PAS. Satu pertiga dalam PKR. Oleh sebab itu, dua pertiga orang Melayu ada dalam Pakatan Rakyat.

Inilah yang mendorong UMNO disimbahi histeria. Dengan hanya satu pertiga orang Melayu yang menyokong, mereka akan pupus tidak lama lagi. Maka dikumandanglah kenyataan gila bahawa Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Otak letak dekat lututkah? Mereka sepatutnya berkata kuasa dan suara orang Melayu akan memuncak apabila Pakatan Rakyat menguasai Malaysia. Memang sahlah UMNO sedang cemas dan lemas dengan situasi yang membelenggu mereka sekarang ini. Apatah lagi apabila melihat PKR diberi sokongan hebat oleh rakyat. Macam-macamlah kenyataan berunsur iri hati dilontarkan terhadap parti pelbagai kaum itu.

Bagi Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia adalah fokus utama. Hak Melayu, Cina, India, dan lain-lain mengikut yang ditentukan oleh perlembagaan. Dengan demikian, Pakatan Rakyat bersikap anti-perkauman. Rakyat Malaysia akan berasa lebih aman dan sentosa jika memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah.

http://bilahrotan.blogspot.com
tranungkite.net


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive