Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.
Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.
Video berkenaan dirakamkan oleh Malaysiakini pada Majlis Ramah Mesra Wanita Umno di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar, Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.
Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.
Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang daripada Umno.
Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan Parlimen Batu Sapi.
“Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran," kata seorang penerima wang berkenaan.
Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,
ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid, pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN. - MK
duniacacamarba
Kat Manik Urai dulu ketua pemuda pas kuala krai mahadi mat zain dan ketua pemuda pas kelantan abd latif abd rahman buat aduan di balai polis Kuala Krai berhubung taktik Umno membayar elaun tambang kepada pengundi luar yang pulang untuk mengundi pada 14 Julai lalu serta mendesak pihak polis membuat siasatan dengan menuduh Umno telah merasuah pengundi pada hari pengundian dalam sebuah premis Kesedar di Sungai Peria.
BalasPadamTetapi sekarang DI Galas, PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas supaya balik mengundi sepert apa yang dikatakan oleh Pengarah jentera PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.
Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.
"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.
KAH KAH KAH...ORANG LAIN BUAT HARAM TAPI BILA PERKARA YANG SAMA DILAKUKAN DIKATAKAN HALAL PULAK...
duit tu kan dibagi masa orang tu balik. bukan sebelum orang tu balik. len kali nk komen, baca betul2 dulu. bodo
BalasPadamSalam Semua,
BalasPadamBiasalah budaya melayu 'duit kopi/tambang' . Tengok.. Umno dah 'halal' kan benda ni sogok-sogokan ala suap-suapan macam Rosmah suap najib pulut pangang dulu..masuk paper UM lagi frontage..
Pas pun dah termakan juga..niat nak bagi subsidi katakan..Tapi bila orang politik buat, semuanya ada udang disebalik batu..nasiblah..Politik tu macam tong sampah dan sampahnya..Lu Pikir sendirilah..
Maaf , maksud saya politik Malaysia ala BN..
BalasPadam