Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 25, 2011

DAPHE IKING SAH MASUK ISLAM


Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo hari ini. Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.

Nama Islam Daphne Iking kini ialah Dahlia Eleanor Iking. Azmi pula adalah bekas Managing Director untuk Redberry Group (gambar mereka berdua).

“Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah,” akui Daphne.

Akhirnya desas-desus menyebut bahawa Daphne Iking masuk Islam telah terjawab setelah beliau mengakuinya hari ini.

Sebelum ini juga, semasa di dalam Anugerah Seri Angkasa 2010 baru-baru ini, beliau juga ada memberikan salam dalam majlis tersebut.

Semasa Daphne mengacara majlis tersebut bersama Hanie dan Afdlin Shauki, beliau ada juga menyebut perkataan Masya-Allah dan pada penghujung acara, sekali lagi kedengaran suara Daphne Iking memberi salam kepada para penonton.

-KLToday.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive