Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 15, 2011

Revolusi adalah seksi, kata mereka

Oleh Zin Mahmud

REVOLUTION is sexy. Revolusi adalah seksi. Apa yang seksinya? Perkataan seksi di sini bermaksud suatu keadaan yang menarik, bersemangat, ghairah, beremosi, menjerit, sedih, sabar, kecewa dan akhirnya mencapai kemuncak, dan berasa puas. Lalu senyum dan ketawa kegembiraan.



Itulah yang berlaku dalam Revolusi Mesir sepanjang dua minggu lalu. Rakyat pergi ke jalan raya dengan perasaan bersemangat dan ghairah, penuh emosi, menginginkan sesuatu untuk memenuhi kehendak naluri, menjerit dan bersorak, adakalanya mengalami kesedihan, ketegangan, kebimbangan bahawa hasrat tidak tercapai, sanggup berkorban apa saja.

Apabila Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan, maka revolusi mencapai kemuncaknya, maka orang ramai bersorak kegembiraan, mereka baru berasa puas dan menari-nari kegembiraan.

Wajah-wajah kegembiraan dapat dilihat di Maidan Tahrir atau Medan Pembebasan. Nama dataran itu pun seksi. Ia merupakan suatu pembebasan hati nurani rakyat apabila perjuangan mereka menuntut supaya presiden yang ditolak mereka itu meletak jawatan.

Walaupun terdapat rakyat terkorban dalam revolusi itu, tetapi berbanding dengan kebangkitan-kebangkitan terdahulu di negara-negara lain pada zaman moden ini, apa yang berlaku di Mesir itu boleh dipandang sebagai suatu peristiwa yang aman.

Ini menjadikan revolusi Mesir itu lebih seksi. Gambar-gambar menunjukkan ada pasangan yang berkahwin semasa demonstrasi di Tahrir itu menambahkan lagi seksi. Lebih-lebih lagi ia merupakan kebangkitan orang muda.

Memang semua revolusi sepanjang zaman melibatkan orang muda. Tetapi di Mesir, ia di gerakan oleh naluri muda adalah lebih ketara.

Orang mudalah yang amat kecewa dengan rejim Mubarak kerana mereka berasa terlepas peluang dalam hidup - pendidikan, pekerjaan dan juga perkahwinan.

Saya ada bersembang dengan anak-anak muda Mesir yang mengeluh tentang sukarnya untuk berkahwin dan mereka terpaksa menangguhkan pernikahan. Ini kerana seseorang lelaki perlu menyediakan banyak keperluan sebelum berkahwin, rumah, peralatan rumah dan pelbagai persediaan sedangkan untuk mendapatkan pekerjaan semakin sukar dan gaji pula rendah. Tidak padan dengan kelulusan dan pendidikan yang mereka peroleh.

Bila terkumpul perasaan marah ini bertahun-tahun, maka tentulah mereka akhirnya tidak tahan dan hanya menunggu masa untuk meletup.

Maka masanya sudah sampai untuk anak-anak muda lelaki menampilkan kejantanan mereka dan pergi berjuang di Medan Tahrir. Mereka mahu membuktikan kepada gadis-gadis Mesir bahawa mereka sanggup berjuang untuk masa depan bersama.

Sementara wanita-wanita muda Mesir juga menjadi srikandi berganding bahu dengan pemuda-pemuda memperjuangkan hak rakyat dan maruah negara.

Revolusi-revolusi yang besar dahulu pun seksi. Revolusi Perancis, Revolusi Rusia dan Revolusi Iran adalah semuanya digerakkan oleh anak-anak muda lelaki, dan perempuan yang mahu mencorak masa depan yang gemilang.

Banyak lagi revolusi yang berlaku di dunia sebagai sebahagian daripada fitrah alam. Apabila manusia tertekan dan tertindas, akhirnya mereka bangkit.

Itu apa yang berlaku di Mesir pada waktu ini. Di Malaysia perkara lain pula yang berlaku. Ia masalah seks juga.

Ia adalah soal Hari Valentine. Di satu pihak mengharamkannya. Di satu pihak menggalakkannya. Di kalangan pemimpin-pemimpin Islam, mereka mengharamkannya dengan menyifatkan bahawa perayaan Valentine ini adalah soal agama serta tidak wajar orang Islam terlibat. Maka dihujahkan bahawa asal usulnya adalah perayaan di Sepanyol bagi memperingati kekalahan orang Islam di tangan Kristian di Andalusia.

Tidak, kata pihak yang lagi satu, yang terdiri dari pihak bukan Islam dan bukan Melayu, dengan ada segelintir orang Melayu dan Islam menyokong. Valentine bukan perayaan agama tetapi adalah sambutan sekular. Ia tidak ada kaitan dengan agama Kristian, sebaliknya ia menyemai nilai-nilai universal iaitu kasih sayang, yang tentunya turut dipegang oleh orang Islam. Kata mereka kasih sayang dalam Valentine bukan antara kekasih semata mata tetapi adalah kepada sesama manusia, seperti anak dengan ibu, dengan sahabat dan lain-lain.

Tetapi apa yang menjadi keprihatinan pemimpin agama Islam dan Melayu bukannya soal nilai-nilai kasih sayang. Justeru mereka juga berhujah kasih sayang dalam Islam adalah sepanjang masa bukannya satu hari dalam satu tahun.

Walaupun menggunakan hujah agama, tetapi dapat dirasakan bahawa kebimbangan pemim pin Islam dan Melayu adalah bukan soal akidah tetapi sebenarnya masalah seks. Atau maksiat.

Kata-kata kasih sayang pada hari Valentine bukan semata-mata kepada ibu, bapa atau kawan-kawan, tetapi sebenarnya pada kekasih. Jadi Valentine apabila diterjemahkan menjadi Hari Kekasih.

Tetapi apa salahnya berkasih? Tidakkah itu naluri manusia? Itu masalah yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Islam dan Melayu di negara ini.

Apa yang dikatakan Hari Kekasih telah menjadi Hari Seks. Kasih sayang mencapai kemuncaknya dalam bentuk seks.

Sedangkan gejala sosial dengan masalah buang bayi banyak berlaku di kalangan remaja Melayu. Remaja bukan Islam tidak terheret dalam masalah ini.

Memanglah setakat hantar bunga tidak menjadi isu. Tetapi kalau remaja Melayu menghabiskan wang untuk membeli bunga yang naik harga melambung, tentulah memprihatinkan. Yang menjual bunga dan coklat itu pula bukannya orang Melayu.

Hari Valentine sudah menjadi hari komersial. Bila berhujah dari sudut ekonomi, ia tidak masuk dalam benak orang Melayu.U/M




DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive